
Pegawai Badan Perlindungan Pekerja Migran (BP2MI) Nusa Tenggara Barat Abri Danar Prabawa. - Gambar Antara
Sebuah bot yang membawa 30 pendatang asing tanpa izin dalam perjalanan ke Malaysia dilaporkan karam di perairan Pulau Putri di Batam, Indonesia, semalam.
Memetik agensi berita Indonesia, Antara, seramai 23 daripada penumpang itu diselamatkan, manakala tujuh lagi dilaporkan hilang.
Seorang pegawai Badan Perlindungan Pekerja Migran (BP2MI) Nusa Tenggara Barat (NTB) Abri Danar Prabawa berkata pada Jumaat (17 Jun 2022) bahawa kebanyakan pekerja migran adalah penduduk NTB.
“Kami menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada BP2MI Kepulauan Riau,” katanya.
Kesemua pekerja yang diselamatkan telah dipindahkan ke Pangkalan Tentera Laut Batam.
“Pasukan pencari dan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari di lokasi untuk mengesan penumpang yang hilang,” kata Prabawa.
Pihak berkuasa akan menghantar pulang semua mangsa ke kampung asal mereka dan menjalankan siasatan lanjut kes itu.