‘Blah, blah, blah’ tular selepas ucapan aktivis iklim remaja

October 1, 2021 · Dunia

Ungkapan kata-kata aktivis remaja Sweden, Greta Thunberg yang mengkritik keras pemimpin dunia kerana berjanji tetapi tidak mengambil tindakan berhubung perubahan iklim, tular di media sosial.

Sejak Selasa, ketika dia menyebut “blah, blah, blah”, kini ungkapan itu semakin popular.

Dua hari selepas memberi ucapan di Milan, Itali, orang ramai di seluruh dunia masih berkongsi ratusan ciapan dalam Twitter yang mengandungi ungkapan “blah, blah, blah”.

Bercakap pada persidangan Youth4Climate di Itali, aktivis remaja itu mengecam ahli politik kerana tidak banyak bertindak berkaitan perubahan iklim.

“Membangun semula dengan lebih baik, blah, blah blah. Ekonomi hijau, blah, blah, blah. Sifar-bersih menjelang 2050 blah, blah, blah. Peneutralan iklim blah, blah, blah.

“Ini semua yang kita dengar daripada mereka yang kita panggil pemimpin. Ungkapan, ungkapan yang bunyinya hebat tapi sehingga kini tiada tindakan dibuat,” katanya.

Thunberg, yang mengilhamkan Pergerakan Jumaat untuk Masa Depan pada peringkat global, mengatakan bahawa harapan dan impian tenggelam dalam ‘kata-kata dan janji kosong’ dan bertanya di mana 30 tahun “bla, bla, bla,” yang memimpin kita.

Dia memetik kenyataan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Perdana Menteri India Narendra Modi, berkaitan perubahan iklim dan kerjasama, namun Thunberg berkata sains tidak berbohong. – Agensi

Popular
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
9 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
13 jam lalu · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
17 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
17 jam lalu · Dunia
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
17 jam lalu · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok