
Tulisan 'Bismillah' pada sekeping marmar berusia 195 juta tahun yang ditemukakan di Turki, baru-baru ini.
Ukiran yang kelihatan membentuk ayat ‘Bismillah’, atau Dengan Nama Allah, pada kepingan marmar berusia 195 juta tahun, ditemukan di kuari batu marmar di wilayah Turki, Antalya.
Penemuan itu berlaku di kawasan perniagaan marmar Antalya Marble Industry and Trade Company di kampung Taskesigi di daerah Antalya Korkuteli.
Tulisan yang tertera pada batu itu menarik perhatian pelombong ketika marmar itu sedang diproses di kuari.
Sambil mengeluarkan habuk daripada marmar itu, pekerja menyedari tanda itu kelihatan seperti ejaan “Bismillah” dalam huruf Arab.
Kepingan marmar itu kemudiannya dihantar ke Universiti Suleyman Demirel di wilayah Isparta barat daya Turki untuk dianalisis.
Tiga saintis Fuzuli Yagmurlu, Rasit Altindag dan Nazmi Sengun, akhirnya membuat penemuan menarik dalam analisis mereka.
Walaupun ianya ditemui di dalam marmar berusia 195 juta tahun, tanda itu dipercayai berlaku secara semula jadi.
Sebelum ini, sisa bioklastik fosil milik hidupan laut yang hidup 195 juta tahun dahulu ketika zaman dinosaur ditemui pada batu kapur dolomit yang membentuk plat.
Laporan mengatakan tulisan Bismillah di atas kepingan marmar itu adalah formasi semulajadi sepenuhnya dan terbentuk hasil daripada pemecahan, ubah bentuk dan susunan sisa-sisa kerang berbentuk hati dari semasa ke semasa.
Menurut laporan saintifik yang diberikan oleh Dekan Fakulti Teologi Universiti Akdeniz, Ahmet Ogke, tulisan Arab pada marmar itu sama dengan ejaan Bismillah yang tercatat di dalam al-Quran. – Agensi