
Manny Pacquiao.
Jaguh tinju, Manny Pacquiao mengumumkan keputusannya untuk bertanding dalam pemilihan Presiden Filipina tahun depan bagi mencabar Rodrigo Duterte yang didakwa gagal dalam pentadbirannya melawan rasuah.
Pencalonan tersebut diumumkan rakan parti komponen, PDP-Laban semasa perhimpunan tahunan yang berlangsung hari ini, ia turut dihadiri Pacquiao.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas Duterte diumum oleh partinya sebagai calon untuk jawatan Naib Presiden sementara pembantunya pula, Senator Christopher “Bong” Go sebagai calon Presiden menggantikannya.
Pacquiao, 42, bakal memberikan saingan sengit kepada rancangan Duterte yang mahu calon penggantinya menang dalam pemilihan nanti.
“Saya seorang pejuang dan sentiasa menjadi pejuang, di dalam dan di luar gelanggang,” kata Pacquiao semasa menghadiri perhimpunan tersebut hari ini.
“Sepanjang hidup saya, saya tidak mundur dari perlawanan. Tidak ada yang mustahil jika ditakdirkan oleh Tuhan,” katanya lagi.
Pencalonan Pacquiao dilihat penganalisis sebagai ancaman terhadap calon yang ingin diletak Duterte pada 2022.
Petinju itu dijangkakan dapat memecah undi disebelah pulau selatan dimana kedua-dua mereka berasal dari situ, ia mungkin membuka peluang kepada tokoh pembangkang.
Penyokong Pacquiao tidak menyokong cadangan yang dikemukakan Duterte.
Mengikut Perlembagaan, Duterte dilarang daripada mencalonkan dirinya untuk penggal kedua enam tahun sebagai Presiden.