Biden sahkan akan pertahan jawatan Presiden Amerika

April 26, 2023 · Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Selasa melancarkan kempen untuk mempertahankan jawatannya selepas secara rasmi mengumumkan akan berusaha untuk dipilih memegang jawatan itu bagi penggal kedua pada pilihan raya 2024, lapor Anadolu.

“Setiap generasi mempunyai satu detik untuk mereka mempertahankan demokrasi. Untuk mempertahankan kebebasan asasi mereka.

“Saya percaya ini detik kita. Itu sebab mengapa saya akan bersaing untuk dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat. Sertai kami.
Kita bereskan tugas itu,” kata Biden menerusi Twitter.

Tarikh pilihan raya presiden dan bagi kebanyakan ahli Kongres AS adalah pada 5 Nov 2024.

Sebagai anggota Parti Demokrat, Biden berkhidmat selama 36 tahun sebagai Ahli Senat dan lapan tahun selaku naib presiden sewaktu Barack Obama menjadi presiden.

Beliau ketika ini adalah presiden paling tua dalam sejarah dan Biden akan berusia 86 tahun apabila penggal keduanya tamat.

Pada 2020, Biden menewaskan calon Republikan Donald Trump yang ketika ini sudah pun mengumumkan hasratnya untuk kembali mengisi Rumah Putih.

Pada hari pemilihan 2024, Trump akan menginjak usia 78 tahun – sama denga usia Biden ketika beliau dilantik menjadi presiden.

Berita berkaitan
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
September 21, 2023· Politik
Di India, guna helikopter dianggap salahguna jentera kerajaan: Hadi
September 13, 2023· Politik
Bukit Aman rekod keterangan Muhyiddin berhubung ucapan semasa kempen PRK
September 12, 2023· Politik
Dulu penentang Zahid, kini PH-DAP bertukar jadi pembela Zahid paling tegar
September 12, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok