Biden gesa India supaya tangguh beli minyak dari Rusia

April 12, 2022 · Dunia

Presiden Joe Biden dan Perdana Menteri Narendra Modi mengadakan perbincangan secara maya dan bertukar-tukar fikiran berhubung krisis Ukraine dan menggesa India agar menangguhkan pembelian minyak dari Rusia.

Malah Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memberi jaminan kepada rakan sejawatnya akan membantu India mempelbagaikan sumber tenaganya, menurut setiausaha akhbar White House Jen Psaki.

AS dilihat cuba menyekat India daripada meneruskan pembelian minyak Rusia yang merupakan sumber utama pendapatan negara itu.

India hanya menerima sejumlah kecil minyak dari Rusia, bagaimanapun baru-baru ini membuat pembelian besar ekoran negara-negara lain cuba menjarakkan diri daripada Presiden Rusia Vladimir Putin yang sedang berperang dengan Ukraine.

“Presiden juga menjelaskan beliau tidak percaya tidak wujud kepentingan untuk India mempercepatkan atau meningkatkan import tenaga Rusia atau komoditi lain,” kata Psaki lagi.

Untuk rekod, India masih membeli minyak Rusia walaupun Biden cuba memberi tekanan kepada pemimpin negara dunia lain supaya mengambil tindakan tegas terhadap Moscow.

Namun, perbincangan antara Biden dengan Modi tidak mencapai kata persetujuan berhubung isu pembelian minyak dari Rusia tersebut.

Menurut laporan Reuters, India sudah membeli sekurang-kurangnya 13 juta tong minyak mentah Rusia sejak negara itu menyerang Ukraine pada Februari, suuslan diskaun yang tinggi akibat sekatan barat terhadap syarikat pengeluar minyak Rusia.

Kedua-dua pemimpin itu juga membincangkan “kesan ketidakstabilan” perang Rusia terhadap Ukraine, dengan tumpuan khusus kepada bekalan makanan global, kata Rumah Putih lagi.

Perbincangan secara maya kedua-dua pemimpin itu berlangsung selama sejam.

Setiausaha Negara Antony Blinken menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari India Dr S Jaishankar, dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin bertemu Menteri Pertahanan India Rajnath Singh di Pentagon.

“Pertemuan (Biden-Modi) berjalan baik dan produktif.Ia (perbincangan) meliputi banyak perkara,” kata seorang pegawai kanan AS itu selepas perbincagan secara maya itu.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok