Biden calonkan muslim pertama jadi hakim persekutuan AS

March 31, 2021 · Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mencalonkan Zahid Quraishi sebagai Hakim Persekutuan Mahkamah Daerah New Jersey – jika diterima oleh Senat, beliau akan menjadi orang Islam Amerika pertama yang dilantik sebagai hakim daerah.

Sebelas daripada calon hakim yang dikemukakan Biden, termasuk tiga wanita kulit hitam dan wanita Asian-Amerika, akan berkhidmat di Columbia serta Maryland.

“Pencalonan ini adalah dari kalangan mereka yang terbaik dalam profesion undang-undang. Setiap daripada mereka mempunyai kelayakan mendalam, dan bersedia menegakkan hukum di bawah perlembagaan, dan tidak memihak,” katanya.

Quraishi berketurunan Pakistan dan dicalonkan sebagai hakim persekutuan, juga adalah muslim Amerika pertama menjadi hakim mahkamah majistret di daerah New Jersey pada Jun 2019.

Berkelulusan Sekolah Undang-Undang Rutgers, Quraishi sebelum ini berkhidmat sebagai pendakwa raya tentera berpangkat kapten dalam angkatan tentera AS, dan pernah dihantar bertugas di Iraq ketika ‘Operation Iraqi Freedom’ pada 2004 dan 2006.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penolong pendakwa raya AS di daerah New Jersey, dan penolong ketua penasihat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS. – Agensi

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok