Belanda rampas 14 kapal layar mewah dimiliki individu elit Rusia

Kerajaan Belanda mendakwa sudah merampas 14 kapal layar mewah yang dimiliki oleh individu elit Rusia, ia sebagai tindakan balas terhadap Moscow yang dikenakan sekatan ekoran pencerobohannya ke atas Ukraine.

Menteri Luar Wipke Hoekstra berkata aset yang dirampas itu termasuk 12 “kapal layar besar”, ia berukuran panjang lebih 114 kaki yang sedang dalam pembinaan di Belanda dan dua lagi sedang menjalani penyelenggaraan berjadual.

Pihak limbungan sudah dimaklumkan penghantaran kapal layar kepada pemiliknya adalah tidak dibenarkan semasa tempoh sekatan dilaksanakan.

Siasatan lanjut juga sedang dijalankan terhadap 15 limbungan kapal Belanda dan lima perniagaan.

Hoekstra menambah AS$563 juta aset milik Rusia juga sudah dibekukan pihak berkuasa Belanda dan AS$169 juta dalam transaksi sudah disekat.

Amerika Syarikat mengumumkan sekatan baharu sempena persidangan G7 dan Kesatuan Eropah, yang juga dianggotai Belanda, menyasarkan anak perempuan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Anak perempuan sulung Putin, Vorontsova tinggal di Moscow tetapi sebelum ini menetap di Amsterdam bersama suami warganegara Belanda kelahiran Rusia, Jorrit Faassen.

Selepas tentera pro-Rusia menembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines di ruang udara Ukraine sehingga membunuh 298 orang, penduduk dan pegawai di bandar itu menggesa beliau diusir dari Belanda.

BERITA BERKAIT
POPULAR