Belanda gantung sementara vaksin AstraZeneca

April 3, 2021 · Dunia

Kerajaan Belanda hari ini menggantung sementara penggunaan vaksin Covid-19, AstraZeneca, sebagai langkah berjaga-jaga selepas menerima lima laporan penerimanya mengalami darah beku dengan palet darah yang rendah.

Kementerian Kesihatan negara itu berkata, program suntikan vaksin AstraZeneca kepada orang ramai berumur di bawah 60 tahun dihentikan sehingga 7 April ini.

Kira-kira 700 individu melebihi umur 60 tahun dijangka menerima vaksin AstraZeneca beberapa hari lagi, tetapi temu janji mereka juga sudah dibatalkan untuk sementara waktu.

Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas pihak berkuasa Jerman menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca bagi penerima berumur di bawah 60 tahun, dengan alasan berlaku pembekuan darah luar biasa ke atas penerimanya.

Awal hari ini, sebuah pertubuhan di Belanda yang mengawasi kesan vaksin Covid-19 ke atas penerimanya, melaporkan lima individu mengalami pembekuan darah dengan palet darah yang rendah selepas disuntik.

Menurut mereka, semua kes itu berlaku selepas 10 hari penerima mendapat suntikan AstraZeneca, dan semua mangsa adalah wanita berusia antara 25 hingga 65 tahun. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok