Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan

April 5, 2021 · Dunia

Bekas Putera Mahkota Jordan, Hamzah bin Al Hussein didapati mengadakan komplot dengan pihak asing dan merancang menghuru-harakan negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Jordan, Ayman Safadi.

Semalam, tentera negara itu mengeluarkan amaran kepada Hamzah kerana tindakannya yang menyasarkan ‘keselamatan dan kestabilan’ di Jordan. Adik tiri Raja Abdullah II itu kemudian dikenakan tahanan rumah, manakala beberapa kenamaan lain ditangkap.

“Penyiasat telah memantau komunikasi dan campur tangan dengan pihak asing mengenai masa sesuai untuk menghuru-harakan Jordan.

“Ini termasuk tindakan agensi perisikan asing yang menghubungi isteri Putera Hamzah untuk menyediakan pesawat supaya kedua-duanya dapat keluar dari Jordan,” kata Ayman.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kegiatan dan pergerakan itu sudah mencapai satu tahap yang boleh membahayakan keselamatan dan kestabilan negara.

“Bagaimanapun, Raja Abdullah II memutuskan adalah lebih baik mereka bercakap sendiri dengan Putera Hamzah. Berbincang secara keluarga bagi mengelak ianya dieksploitasi,” katanya.

Terdahulu, ibu Hamzah, Permaisuri Noor, mempertahankan anaknya itu.

“Berdoa agar kebenaran dan keadilan berlaku untuk semua mangsa yang tidak bersalah daripada fitnah jahat ini,” kata Permaisuri Noor.

Ayman berkata, antara 14 hingga 16 individu sudah ditangkap setakat ini dan beliau menggesa mereka yang terbabit supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Jordan adalah penjaga mutlak Masjid Al-Aqsa di Palestin, dilihat sebagai sebuah negara paling aman dan stabil di Timur Tengah.

Antara individu yang rapat dengan Putera Hamzah dan ditangkap semalam ialah seorang anggota kerabat diraja, Sharif Hassan bin Zaid, dan bekas ketua hakim mahkamah, Bassem Ibrahim Awadallah. – Agensi

Berita berkaitan
HM4P salur RM828,000 baik pulih kerosakan Masjid Al-Aqsa
June 21, 2021· Isu semasa
Misi kemanusiaan Palestin disertai Agenda Daily tiba di Amman
June 19, 2021· Isu semasa
Jordan patahkan ancaman, tangkap kerabat diraja, VVIP
April 4, 2021· Dunia
Popular
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
June 30, 2022
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
15 jam lalu · Dunia
‘Bongbong’ angkat sumpah presiden, era baharu pemerintahan Marcos
18 jam lalu · Dunia
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022 · Dunia
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022 · Dunia
China siasatan tarian ghairah dalam kereta api
June 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok