Bekas Presiden melarikan diri kembali ke Sri Lanka

September 3, 2022 · Dunia

Bekas presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke luar negara ketika penunjuk perasaan menyerbu rumah dan pejabatnya pada Julai lalu, telah kembali ke tanah air.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandranaike (BIA) Colombo pada Jumaat sambil diiringi beberapa menteri dan ahli politik, lapor media tempatan menurut laporan Bernama.

Gotabaya tiba dari Thailand dengan menaiki penerbangan Singapore Airlines.

Pemimpin berusia 73 tahun itu meninggalkan Sri Lanka menuju ke Maldives pada 13 Julai dengan menaiki pesawat tentera bersama isterinya dan kemudian berlepas ke Singapura.

Gotabaya secara rasmi meletak jawatan sebagai presiden ketika berada di luar negara, memberi laluan kepada perdana menteri ketika itu Ranil Wickremesinghe untuk menjadi presiden baharu Sri Lanka.

Sri Lanka, gagal melunaskan hutang asing pada April, menyaksikan kadar inflasi melonjak kepada 64.3 peratus pada Ogos.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin memaklumkan pihaknya telah menandatangani perjanjian awal untuk memberi pinjaman US$2.9 bilion kepada Sri Lanka bagi membantu negara itu pulih daripada krisis ekonominya.

Berita berkaitan
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, dijangka berdepan sedikit tekanan minggu ini
April 10, 2023· Isu semasa
Mat Maslan yakin negara tak alami kegawatan ekonomi tahun ini
March 6, 2023· Isu semasa
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok