Bekas presiden FIFA, Blatter diharamkan daripada bola sepak 6 tahun

March 24, 2021 · Dunia

Sepp Blatter diharamkan penglibatannya dalam sebarang sukan bola sepak selama enam tahun selepas didakwa melanggar banyak kod etika badan dunia, FIFA.

Keputusan tersebut diumumkan FIFA dalam satu kenyataan hari ini dan pengharaman tersebut akan berkuatkuasa bermula Oktober selepas berakhir hukuman yang sedang dihadapinya sebelum ini.

Blatter pada mulanya berdepan hukuman pengharaman selama lapan tahun pada Disember 2015 kerana melanggar etika. Sekatan tersebut dikurangkan menjadi enam tahun oleh jawatankuasa rayuan FIFA dan dikekalkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Lanjutan hukuman pengharaman juga dikenakan kepada bekas setiausaha agung organisasi Jerome Valcke.

Petikan daripada kenyataan FIFA mengatakan:

“Siasatan terhadap Blatter dan Valcke melibatkan pelbagai tuduhan, khususnya mengenai pembayaran bonus berkaitan pertandingan FIFA yang dibayar kepada pegawai pengurusan FIFA, pelbagai pindaan dan penyambungan kontrak kerja, serta bayaran pampasan oleh FIFA dalam kos kes perundangan swasta dalam kes Valcke.”

Berita berkaitan
Disindir cium tangan PM, Ahmad Faizal nasihat Asyraf jauhi pemimpin rasuah
June 15, 2022· Politik
Bimbang diambil tindakan, KBS cadang FAM guna beberapa stadium semasa hujan
June 13, 2022· Isu semasa
Qatar benarkan peminat Israel masuk semasa Piala Dunia
June 10, 2022· Dunia
UEFA buang pasukan bola sepak Rusia daripada pertandingan
May 3, 2022· Dunia
Popular
Tahun baharu bawa gelombang pembunuhan mengerikan di AS
January 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023 · Dunia
Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah
January 27, 2023 · Dunia
Tahun baharu bawa gelombang pembunuhan mengerikan di AS
January 25, 2023 · Dunia
Lagi kejadian tembakan di AS: Tujuh pekerja ladang Asia dibunuh
January 24, 2023 · Dunia
10 maut, 10 cedera ditembak ketika sambut Tahun Baharu Cina
January 23, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu
[VIDEO] Rekod banduan tetap ada walaupun diampunkan
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok