
Tangkap layar video sebelum Shinzo Abe ditembak.
Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan terlibat dalam satu insiden tembakan semasa menghadiri program parti politik hari ini.
Menurut laporan, Abe dikejarkan ke hospital selepas berlaku insiden tembakan dan difahamkan mengalami kecederaan parah.
Saksi mendakwa mendengar bunyi tembakan ketika Abe berucap pada kempen pemilihan Parlimen di Nara.
Menurut agensi penyiaran awam Jepun NHK, seorang suspek telah ditahan di lokasi kejadian.
Abe, 67, dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan tiada tanda vital dikesan setelah jantungnya terhenti