Bekas PM Jepun kritikal selepas ditembak

July 8, 2022 · Dunia

Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang ditembak ketika ucapan kempen pada Jumaat (8 Julai) di barat Jepun dan dibawa ke hospital, tetapi dia tidak bernafas dan jantungnya telah terhenti, kata pegawai.

Pegawai bomba tempatan Makoto Morimoto berkata, Abe mengalami serangan kardio dan paru-paru, selepas ditembak dan dibawa ke hospital wilayah Nara.

Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno memberitahu pemberita bahawa polis menahan seorang yang dikatakan penyerang lelaki di tempat kejadian.

“Perbuatan biadab seperti ini sama sekali tidak boleh dimaafkan, tidak kira apa sebabnya, dan kami mengutuknya sekeras-kerasnya,” kata Matsuno.

NHK menyiarkan rakaman yang menunjukkan Abe rebah selepas ditembak, dengan beberapa pengawal keselamatan berlari ke arahnya. Beliau dilaporkan ditembak beberapa minit selepas mula berucap di luar stesen kereta api utama di barat wilayah Nara.

Perdana Menteri Fumio Kishida, yang menganggotai parti politik yang sama dengan Abe, sedang dalam perjalanan ke Tokyo menaiki helikopter dari destinasi kempennya di Yamagata, di utara Jepun.

Matsuno berkata semua menteri Kabinet akan kembali ke Tokyo dan menghentikan kempen mereka.

Dalam rakaman lain, pegawai kempen mengerumuninya untuk merawat bekas pemimpin popular yang masih berpengaruh dalam Parti Liberal Demokratik yang memerintah dan mengetuai kumpulan terbesarnya Seiwakai.

Pilihan raya Parlimen Jepun akan bermula Ahad (10 Julai).

Abe sedang memberi ucapan apabila orang ramai mendengar bunyi tembakan. Beliau sedang memegang dadanya ketika rebah, bajunya berlumuran darah, tetapi boleh bercakap sebelum pengsan.

Serangan itu merupakan satu kejutan kerana Jepun dianggap salah satu negara paling selamat di dunia, dengan beberapa undang-undang kawalan senjata yang paling ketat berbanding negara lain.

Abe, yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat di Jepun, memegang jawatan pada 2006 selama setahun dan kemudian sekali lagi dari 2012 hingga 2020, sebelum meletakkan jawatan atas sebab kesihatan.

Beliau digantikan oleh sekutu rapatnya Yoshihide Suga, yang kemudiannya digantikan oleh Fumio Kishida.

Insiden keganasan senjata api jarang berlaku di Jepun, di mana pistol dilarang – dan insiden keganasan politik hampir tidak pernah didengari.

Pada 2014, terdapat hanya enam insiden kematian akibat senjata api di Jepun, berbanding 33,599 di Amerika Syarikat (AS). Orang ramai perlu menjalani peperiksaan yang ketat dan ujian kesihatan mental untuk membeli pistol. – Agensi

Berita berkaitan
Taufan Muifa bawa hujan lebat, angin kencang ke Pulau Okinawa
September 12, 2022· Dunia
Malaysia peroleh pelaburan Jepun bernilai RM9.3 bilion
September 6, 2022· Isu semasa
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022· Dunia
Ketua Polis Jepun letak jawatan kerana gagal halang pembunuhan Abe
August 25, 2022· Dunia
Popular
Kematian akibat gempa di Turkiye, Syria melepasi 1,500, ribuan cedera
February 6, 2023
Lebih 100 maut, 600 cedera gempa landa Turkiye, Syria
February 6, 2023
Angka korban gempa bumi berkembar di Turkiye, Syria meningkat
February 7, 2023
Turkiye kutuk keputusan benarkan bakar Al-Quran di Eropah
January 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Angka korban gempa bumi berkembar di Turkiye, Syria meningkat
2 jam lalu · Dunia
Kematian akibat gempa di Turkiye, Syria melepasi 1,500, ribuan cedera
7 jam lalu · Dunia
Lebih 100 maut, 600 cedera gempa landa Turkiye, Syria
12 jam lalu · Dunia
Bekas Presiden Pakistan meninggal
February 5, 2023 · Dunia
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok