Bekas pesakit Covid-19 berisiko alami kegagalan jantung

October 7, 2021 · Dunia

Bekas pesakit Covid-19 berdepan risiko untuk mendapat masalah kegagalan jantung dan pembekuan darah yang boleh membawa maut setelah setahun sembuh daripada jangkitan Covid-19, menurut kajian.

Sebelum ini, penyakit jantung dan strok dikategorikan sebagai penyebab utama kematian tanpa mengira usia di seluruh dunia.

Melalui kajian yang akan diterbitkan oleh Jurnal Nature, seseorang yang mendapat jangkitan Covid-19, berkemungkinan akan mengalami komplikasi jantung walaupun sudah sembuh.

Kajian juga mendapati risiko maut boleh berlaku kerana ratusan juta bekas pesakit Covid-19 di seluruh dunia sudah mengalami keadaan itu dan angkanya terus bertambah.

“Kesan selepas jangkitan Covid-19 adalah sangat besar,” kata Dr Ziyad Al-Aly, Pengarah Pusat Epidemiologi Klinikal di Sistem Penjagaan Kesihatan Urusan Veteran St Louis di Missouri, yang mengetuai penyelidikan.

“Kerajaan dan sistem penjagaan kesihatan perlu sedar bahawa Covid-19 akan memberikan impak berpanjangan, dan mempunyai kesan yang sangat dashyat kepada bekas pesakit. Saya sangat bimbang sekiranya masih ada yang menganggap hal ini tidak serius.”

Para penyelidik mendapati, kemungkinan mendapat serangan jantung, strok atau penyakit utama lain melibatkan kardiovaskular akan terjadi dalam tempoh 12 bulan selepas seseorang itu sembuh daripada jangkitan Covid-19 walaupun pada tahap awal jangkitan, seperti tahap 1 dan 2.

Kajian risiko komplikasi jantung ini dilaksanakan terhadap 151,195 pesakit veteran yang sembuh daripada Covid-19 dengan risiko lebih daripada 3.6 juta rakan sebaya mereka yang tidak dijangkiti virus ini.

Kajian mendapati pesakit yang mendapat jangkitan Covid-19 dan tidak dimasukkan ke hospital mempunyai risiko lebih 39 peratus, untuk mengalami kegagalan fungsi jantung dan lebih berisiko dua kali ganda berpotensi mengalami pembekuan darah, dikenali sebagai emboli paru sehingga boleh membawa maut selepas setahun sembuh daripada Covid-19.

Hasil kajian itu dikesan berlaku kepada 5.8 kes membabitkan kegagalan jantung dan 2.8 kes membabitkan embolisme paru bagi setiap 1,000 bekas pesakit Covid-19 yang tidak dimasukkan ke hospital semasa dijangkiti virus itu.

Manakala, bagi mereka yang menerima rawatan di hospital setelah dijangkiti Covid-19 turut dikaitkan dengan risiko terkenanya serangan jantung sebanyak 5.8 kali ganda dan hampir 14 kali ganda berkemungkinan mengalami miokarditis atau keradangan otot jantung.

Pesakit Covid-19 yang sembuh dari hasil rawatan intensif, jauh lebih besar berisiko dengan purata satu dari tujuh orang akan menderita penyakit jantung yang kritikal selepas setahun sembuh dari Covid-19.

Sehubungan itu, para penyelidik masih meneliti dengan lebih terperinci mengenai penyebab utama kerosakan jantung kepada bekas pesakit Covid-19.

Para penyelidik berpendapat, kemungkinan kerosakan pada mekanisme jantung akibat dari serangan virus secara terus ke sel otot jantung dan sel-sel yang melapisi saluran darah sehingga mengakibatkan pembekuan darah dan keradangan yang berterusan.

Impak dari pandemik Covid-19, dapat mempengaruhi banyak aspek termasuk masalah pengasingan sosial, masalah kewangan, perubahan tabiat diet dan aktiviti fizikal, serta trauma dan kesedihan akibat kehilangan orang tersayang, dan juga dapat mempengaruhi risiko penyakit kardiovaskular. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok