Bekas pemerintah tentera Pakistan Pervez Musharraf kini tenat

June 11, 2022 · Dunia

Bekas pemerintah tentera Pakistan, Pervez Musharraf, 78, yang sedang dirawat di hospital kini dalam keadaan tenat.

Musharraf dimasukkan ke hospital sejak tiga minggu lepas akibat komplikasi penyakit yang dihidapinya, yang dikenal pasti sebagai amiloidosis, kata keluarga bekas presiden itu pada Jumaat, lapor Bernama.

“Keadaan beliau kini tenat kerana organ dalaman yang sudah tidak berfungsi. Doakan agar urusan beliau dipermudahkan,” ciap keluarganya menerusi akaun Twitter Musharraf.

Menurut keluarganya beliau tidak menggunakan alat bantuan pernafasan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan khabar angin di media sosial bahawa bekas presiden itu telah meninggal dunia.

Musharraf memperoleh kuasa politik dalam satu rampasan kuasa tentera pada 1999 dan berkhidmat sebagai presiden Pakistan dari 2001 hingga 2008.

Beliau ke Dubai pada Mac 2016 untuk mendapatkan rawatan perubatan dan berada di luar negara sejak itu.

Berita berkaitan
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Undi awal tentera dan polis hari ini
August 8, 2023· Politik
Popular
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok