Bekas isteri dalam kejadian tembak warga Malaysia di Betong ditahan

February 18, 2023 · Dunia

Bekas isteri kepada warga Malaysia yang parah ditembak oleh penyerang tidak dikenali dalam satu kejadian di Jalan Chantharothai, bandar Betong, wilayah Yala di selatan Thailand pada Sabtu lepas (11 Feb) antara ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Betong, Kol. Pol. Sanya Thongsawat mengesahkan individu warga Thailand berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Betong pada Khamis, lapor Bernama.

Pada hari yang sama, beliau berkata polis juga menahan seorang lelaki yang merupakan suspek utama kes tembak itu di sebuah stesen minyak di Chana, Songkhla selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap.

“Polis berjaya mengenalpasti kedua-dua suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan kawasan berdekatan.

“Suspek lelaki mengakui pernah bertelingkah dan berdendam dengan mangsa ketika bekerja di pusat hiburan milik suspek wanita (bekas isteri mangsa) sehingga menembak mangsa pada 11 Feb lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sanya berkata suspek lelaki juga mengaku bahawa pistol yang digunakan ketika kejadian telah dibuang di tepi jalan ketika dalam perjalanan ke Songkhla manakala motosikalnya telah disembunyikan di Betong.

“Bekas isteri mangsa dipercayai membantu suspek melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya.

Pada Sabtu lepas, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 55 tahun dilaporkan cedera parah di perut dan paha selepas terkena tiga das tembakan di hadapan sebuah kedai serbaneka kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan).

Mangsa telah dibawa ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil.

Berita berkaitan
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
24 jam lalu· Isu semasa
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Pegawai Timbalan Menteri KPDN lapor polis berhubung video tular harga barang
September 21, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok