Bekas banduan anggota Taliban buru hakim wanita Afghanistan

September 5, 2021 · Dunia

Seorang hakim wanita Afghanistan yang tinggal di Kabul menceritakan detik cemas ketika menyelamatkan diri ke Eropah, selepas diburu lelaki yang pernah dipenjaranya. Lelaki itu dibebaskan setelah Taliban mengambil alih negara itu.

“Mereka terdiri daripada empat ke lima orang Taliban, mereka datang ke kawasan rumah saya dan bertanya kepada jiran saya, di mana saya? di mana hakim wanita itu?

“Mereka berkata, “kami adalah orang yang dia telah masukkan ke dalam penjara,” katanya kepada Reuters dalam satu wawancara dari lokasi yang dirahsiakan.

Di Afghanistan, terdapat hampir 250 hakim wanita dan sebahagian daripada mereka telah berjaya meloloskan diri beberapa minggu lalu, namun masih ramai yang sedang berusaha untuk melarikan diri dari kawasan itu.

Sejak bulan lalu, Taliban mengambil alih Kabul setelah tentera Amerika Syarikat (AS) keluar dari kawasan itu. Mereka mengenakan larangan bekerja bagi wanita dalam banyak sektor sejajar peraturan yang ditetapkan sejak 20 tahun lalu.

Melalui sidang media Taliban pada 15 Ogos lalu, jurucakap kumpulan itu menegaskan hak-hak kaum wanita akan dilindungi sesuai dengan undang-undang Islam.

“Wanita akan dibenarkan bekerja dalam sektor penting melibatkan masyarakat,” kata jurucakap itu.

Di Kabul, wanita yang terlibat dengan bidang keadilan berada dalam sasaran kumpulan Taliban kerana status profil tinggi yang dimiliki mereka seperti Januari lalu, di mana terdapat dua kes hakim Mahkamah Agung wanita telah ditembak mati oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali. Taliban menafikan pembabitan mereka dalam kejadian itu.

“Sekarang, kumpulan Taliban telah membebaskan semua tahanannya di seluruh negara. Keadaan ini sangat membahayakan nyawa semua hakim wanita yang berada di negara itu,” kata hakim wanita itu.

Hakim wanita terbabit meloloskan diri hasil bantuan sekumpulan sukarelawan hak asasi manusia dan rakan sekerja warga asing dalam Pertubuhan Hakim Wanita Antarabangsa (IAWJ).

Selain itu, tahanan Taliban yang dibebaskan membuat ugutan untuk membunuh hakim wanita, pendakwa wanita dan pegawai polis wanita dengan mengatakan ‘kami akan mengejar kamu’.

Menteri Kehakiman Britain, Robert Buckland minggu lalu memaklumkan bahawa London telah memindahkan hampir sembilan hakim wanita dari Afghanistan dan sedang berusaha untuk menyelamatkan lebih ramai yang lain.

“Sebilangan mereka yang kami pindahkan ini bertanggungjawab untuk menyusun undang-undang dan mereka sangat bimbang dengan penaklukan kumpulan itu,” katanya.

Sementara itu, kuasa Barat bersedia untuk terlibat sama dengan Taliban bagi mencari penyelesaian krisis kakitangan wanita badan kehakiman Afghanistan.

Namun sebelum itu, Barat mahu melihat sejauh mana komitmen Taliban dalam memberi akujanji dan melindungi hak asasi manusia. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Amerika sahkan pembunuhan pemimpin utama Al Qaeda
August 2, 2022· Dunia
China gesa dunia hulur bantuan kepada Afghanistan
June 24, 2022· Dunia
Letupan bom dalam masjid di Kabul korbankan lebih 50 nyawa
April 30, 2022· Dunia
Dua tahanan Amerika di Afghanistan sudah dibebaskan
April 2, 2022· Dunia
Popular
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Enam maut, 81 cedera letupan bom didalangi wanita di Istanbul
November 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Dua maut, lapan cedera serangan bunuh diri di balai polis Bandung
December 7, 2022 · Dunia
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022 · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok