Bekalan keranda di Hong Kong terjejas selepas China tutup bandar utama

April 6, 2022 · Dunia

Hong Kong kini berdepan masalah pengurusan mayat mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, ia susulan peningkatan kes kematian dan kekurangan bekalan keranda.

Hong Kong bergantung bekalan keranda yang diimport dari China tetapi susulan penutupan bandar utama bagi membendung penularan Covid-19 mengakibatkan bekalan keranda juga terjejas.

Kebanyakan kelewatan pengurusan mayat disebabkan oleh kesesakan pengangkutan dari bandar jiran selatan China, Shenzhen, yang merupakan pembekal utama tetapi kini sedang bergelut dengan penularan Covid-19.

Sebahagian besar daerah yang bersempadan dengan Hong Kong ditutup ekoran penularan virus tersebut.

Bekalan kegunaan yang biasa digunakan dalam pengurusan kematian seperti kertas tradisional untuk menghasilkan replika barangan, dari kereta ke rumah dan barangan peribadi lain, yang dibakar sebagai ritual pengebumian masyarakat Cina bagi orang mati juga terjejas.

China membekal lebih 95 peratus daripada 250 hingga 300 keranda yang diperlukan untuk kegunaan orang ramai di Hong Kong setiap hari, kata pegawai makanan dan kebersihan bandar, Irene Young.

Hong Kong menerima lebih 3,570 keranda dalam tempoh dari 14 hingga 26 Mac, selepas kerajaan di bandar yang diperintah China itu menjalinkan koordinasi dengan pihak berkuasa tanah besar.

“Saya tidak pernah melihat ahli keluarga sebegitu kecewa, begitu sedih, sangat tidak berdaya,” kata Chung, seorang warga Hong Kong dipetik laporan Reuters.

Sejak gelombang kelima Covid-19 melanda negara bekas jajahan British tahun ini, dilaporkan terdapat lebih daripada sejuta orang dijangkiti dengan lebih daripada 8,000 kematian direkodkan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok