Beijing lapor kes pertama Omicron

January 15, 2022 · Dunia

Beijing hari ini melaporkan kes pertama varian omicron Covid-19 di bandar itu, sekali gus menambah tekanan kepada pihak berkuasa untuk membendung penularan wabak itu kurang daripada tiga minggu sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk bermula.

Pegawai mengesahkan pengesanan varian yang sangat menular itu pada sidang akhbar hari ini.

Susulan itu, individu yang menjadi kontak rapai kepada pesakit telah menjalani ujian saringan, manakala mereka yang berada di lokasi dilawati pesakit mesti melaporkan kepada pihak berkuasa.

Kes Omicron dikesan lebih awal di Shanghai dan wilayah Guangdong, tatkala Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) memberi amaran tentang kemungkinan penularan wabak itu di kawasan tersebut.

Sukan Olimpik Musim Sejuk bermula pada 4 Februari di Beijing. Bandar-bandar di seluruh China telah meningkatkan kewaspadaan ketika Beijing bersiap untuk mengadakan Sukan Olimpik.

Dalam kenyataan hari ini NHC melaporkan setakat ini 165 kes baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam semalam, turutn berbanding 201 pada Khamis.

Menurut NHC, daripada jumlah itu 104 adalah jangkitan tempatan.

Jangkitan tempatan dikesan di Henan, Tianjin, Guangdong, Shaanxi, dan Zhejiang, kata NHC.

Banyak pihak berkuasa tempatan telah menasihatkan penduduk tidak meninggalkan bandar masing-masing jika tidak penting, sementara puluhan penerbangan domestik dan antarabangsa telah dibatalkan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok