Beijing dikenakan perintah berkurung, bimbang kes Covid-19 meningkat

April 26, 2022 · Dunia

Kerajaan China mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung di wilayah Beijing susulan peningkatan kes Covid-19.

Dalam pada itu, ujian saringan Covid-19 juga dilaksanakan terhadap berjuta-juta penduduk di Beijing dengan kediaman dan perniagaan ditutup selepas wilayah itu dilanda penularan Covid-19 baru-baru ini.

Walaupun hanya 70 kes dikesan setakat ini di bandar yang mempunyai lebih 21 juta penduduk pada Jumaat, pihak berkuasa melaksanakan langkah drastik untuk mencegah penularan virus itu.

Penduduk bimbang akan kehabisan bekalan stok makanan susulan perintah berkurung tersebut dan takut keadaan sama yang berlaku kepada penduduk di Shanghai akan menimpa mereka.

Shanghai ketika ini sudah dikenakan perintah berkurun selama lebih dua minggu dan dilaporkan lebih 19,000 jangkitan baharu dengan 51 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat virus itu kini mencecah lebih 100 kes.

Orang ramai beratur panjang di pasar raya di kota Beijing bagi membeli barang keperluan asas sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan ekoran pelaksanaan arahan terbaharu perintah berkurung itu.

Pihak kesihatan Beijing berkata terdapat 29 lagi kes dikesan sepanjang tempoh 24 jam hingga 4 petang Isnin, menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 70 kes sejak Jumaat.

Pihak berkuasa juga sudah mengarahkan ujian besar-besaran di seluruh daerah Chaoyang, di mana 46 kes sudah dikesan setakat ini.

Terdapat lebih 3 juta penduduk Chaoyang.

Pusat ujian 24 jam juga sudah dibuka bagi menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada orang ramai di sekitar daerah Chaoyang.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok