Bayi lahir dalam pesawat Qatar Airways pada ketinggian 35,000 kaki

January 15, 2022 · Dunia

Sebuah pesawat Qatar Airways bulan lalu mendarat dengan penumpang tambahan di dalamnya – seorang penumpang melahirkan bayi pada ketinggian 35,000 kaki di udara.

Seorang doktor dari Kanada yang kebetulan berada di dalam pesawat sama dari Doha menuju Uganda, Dr Aisha Khatib, membantu melahirkan bayi ‘bertuah’ itu.

Beliau menawarkan diri untuk membantu apabila mendengar pengumuman dibuat menerusi alat pembesar suara pesawat pada 5 Disember, bertanyakan sama ada terdapat doktor di dalan penerbangan itu.

“Saya melihat orang ramai berkumpul di sekeliling pesakit,” katanya kepada BBC News pada Sabtu (15 Jannuari 2022). Beliau pada mulanya menyangka seorang penumpang mengalami serangan jantung.

Bagaimanapun, apabila semakin dekat, beliau melihat seorang wanita – pekerja asing yang pulang dari Arab Saudi – akan melahirkan bayi.

“Saya melihat wanita ini – dia berbaring dengan kepala ke arah lorong dan kakinya ke arah tingkap dan bayi itu akan datang,” katanya kepada CTV News.

Tanpa berlengah, beliau segera membantu wanita itu untuk bersalin. Dr Aisha turut dibantu dua penumpang lain, seorang pakar kanak-kanak dari Doctors Without Borders (MSF) dan seorang jururawat onkologi.

Bayi perempuan itu lahir ketika 35 minggu dalam kandungan dalam keadaan sihat. Ibu bayi itu memutuskan untuk menamakan anak sulungnya Miracle Aisha, sempena nama doktor berkenaan.

“Jadi saya berkata, ‘Tahniah ia seorang perempuan.’ Kemudian seluruh pesawat mula bertepuk tangan dan bersorak dan saya seperti ‘Oh betul, saya dalam kapal terbang dan semua orang menonton ini,'” BBC memetik Dr Aisha sebagai berkata.

“Bahagian terbaik dari cerita ini ialah dia memutuskan untuk menamakan bayi itu dengan nama saya.”

Dr Aisha berkata beliau menghadiahkan bayi itu seutas rantai emas yang dipakainya, yang tertera nama Aisha dalam bahasa Arab.

“Saya fikir saya akan memberikan kepadanya dan dia akan mendapat sedikit hadiah doktor yang menyambut kelahirannya pada ketiggian 35,000 kaki di udara semasa terbang di atas Sungai Nil.”

Berita berkaitan
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Macau scam: Doktor rugi RM100,000 ditipu menyamar pegawai LHDN
June 18, 2023· Isu semasa
Kami teruskan mogok esok: Doktor
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok