
Pihak berkuasa menutup laluan di kawasan kediaman di mana enam orang, termasuk bayi, maut dalam tembakan awal pagi Isnin (16 Januari 2023) di California, Amerika Syarikat. - Gambar agensi
Enam orang – termasuk seorang ibu berumur 17 tahun dan bayinya berusia enam bulan – terbunuh dalam kejadian tembakan, pada awal Isnin di sebuah rumah di tengah California, dan pihak berkuasa sedang mencari sekurang-kurangnya dua suspek, kata sheriff.
Timbalan sherif dilaporkan bertindak balas kira-kira jam 3:30 pagi terhadap satu laporan mengenai beberapa tembakan dilepaskan di Blok 6800 Harvest Road, Tulare di Goshen, timur Visalia, kata Pejabat Syerif Daerah Tulare.
Pihak berkuasa menyifatkan serangan itu sebagai ‘sasaran dan menyifatkannya sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan.”
Pegawai Sherif Daerah Tulare, Mike Boudreaux memberitahu media bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua suspek yang belum lagi ditangkap susulan kejadian itu.
“Kami juga percaya bahawa ini bukan tindakan keganasan yang rambang. Kami percaya bahawa ini adalah keluarga yang disasarkan.
“Kami percaya bahawa terdapat geng kongsi gelap yang terlibat dalam kejadian ini, serta kes berkaitan narkotik,” kata Boudreaux.
Pegawai itu menambah bahawa penggeledahan narkotik telah dilakukan oleh pejabat sheriff ke atas penduduk di blok kediaman itu minggu lalu.
Pihak berkuasa bertindak balas awal pagi Isnin selepas beberapa tembakan kedengaran dan menemui mangsa ketika mereka tiba di tempat kejadian. Beberapa mangsa ditemui di jalan manakala yang lain ditemui di dalam rumah.
Seorang mangsa ditemui dalam keadaan masih bernyawa dan cedera apabila pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, tetapi kemudian disahkan meninggal dunia di hospital, kata Boudreaux.
Boudreaux tidak segera berkongsi butiran lanjut.
“Saya mempunyai lebih banyak maklumat tetapi saya tidak mempunyai kebebasan untuk berbincang pada ketika ini,” katanya.
“Kami mempunyai maklumat berpotensi, yang diharapkan akan membawa kepada penangkapan suspek.” – Agensi