Bas atau kereta api? Kenderaan dua mod mula beroperasi di Jepun

January 9, 2022 · Dunia

Ia bas, ia kereta api, ia adalah DMV! Kenderaan Dual Mod baharu membuat penampilan pertamanya secara umum Disember lalu di bandar Kaiyo di wilayah Tokushima, Jepun.

Kelihatan seperti bas mini dan menggunakan tayar getah biasa di jalan raya.

Tetapi apabila ia tiba di persimpangan, roda keluli turun dari perut kenderaan ke landasan kereta api, dengan berkesan mengubahnya menjadi gerabak kereta api.

Roda kereta api mengangkat tayar hadapan keluar dari landasan manakala roda belakang kekal ke bawah untuk mendorong DMV ke landasan kereta api.

Selain itu, pertukaran mod kenderaan berkenaan dilaporkan boleh dilakukan hanya dalam tempoh 15 saat sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Asa Coast Railway, Shigeki Miura berkata DMV itu mampu menjadi kenderaan serba guna untuk semua masyarakat, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan perkampungan.

“Kenderaan serbaguna itu amat sesuai digunakan untuk membawa penumpang dan pihak kami menjangkakan ia akan menjadi pengangkutan awam paling berkesan di negara itu.

“Projek DMV itu sudah mula dilaksanakan hampir sedekad lalu dan pihak berkuasa Tokushima berharap pengunaannya dapat menarik lebih banyak kemasukan pelancong ke wilayah itu,” jelasnya.

Kenderaan DMV itu mampu membawa seramai 21 penumpang dalam perjalanan dan boleh bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam bagi mod kereta api serta 100 kilometer sejam bagi mod bas. – Agensi

Berita berkaitan
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu
October 4, 2023· Isu semasa
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok