Barat sekat Russia daripada Swift: Apakah sistem pembayaran global?

February 27, 2022 · Dunia

Kesatuan Eropah (EU), bersama-sama Amerika Syarikat (AS) dan sekutu lain di Barat mengumumkan sekatan lanjut, termasuk memotong beberapa bank Russia daripada sistem pembayaran antarabangsa yang dikenali sebagai Swift, susulan pencerobohan ke atas Ukraine.

Berikut ialah maklumat lebih lanjut mengenai sistem pembayaran antara bank global dan kenapa ianya penting:

Apakah Swift?

Swift adalah singkatan kepada Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication, ialah sistem pemesejan selamat yang memudahkan pembayaran rentas sempadan yang pantas, menjadikan aliran perdagangan antarabangsa berjalan lancar.

Bank yang bersambung ke sistem Swift dan menjalin hubungan dengan bank lain boleh menggunakan mesej Swift untuk membuat pembayaran.

Mesej dihantar adalah selamat dan arahan pembayaran biasanya tidak dipersoalkan. Ini membolehkan bank memproses jumlah urus niaga yang tinggi dengan pantas.

Swift telah menjadi mekanisme utama untuk membiayai perdagangan antarabangsa. Pada tahun 2020, kira-kira 38 juta “mesej FIN” Swift dihantar setiap hari melalui platform, menurut semakan tahunan 2020. Setiap tahun, trilion dolar dipindahkan menggunakan sistem tersebut.

Siapa pemilik Swift?

Ditubuhkan pada 1970-an, Swift ialah koperasi fan institusi dianggotai beribu-ribu ahli yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Perkhidmatan yang berpangkalan di Belgium itu memperoleh keuntungan sebanyak euro 36 juta pada 2020, menurut semakan tahunan 2020. Ia dijalankan terutamanya sebagai perkhidmatan kepada ahlinya.

Mengapa sekatan Swift menjadi serius?

Mengecualikan bank Russia daripada Swift akan menyekat akses negara itu kepada pasaran kewangan di seluruh dunia.

Syarikat dan individu Russia akan lebih sukar untuk membuat pembayaran terhadap barangan yang diimport dan menerima tunai untuk eksport, meminjam atau melabur di luar negara.

Bank Russia boleh menggunakan saluran lain untuk pembayaran seperti telefon, aplikasi pemesejan atau e-mel.

Ini akan membolehkan institusi kewangan Russia membuat pembayaran melalui bank di negara yang tidak mengenakan sekatan, tetapi memandangkan alternatif mungkin kurang cekap dan selamat, nilai urus niaga boleh jatuh dan kos meningkat.

Bagaimanakah pengharaman Swift ke atas Rusia menjejaskan negara lain?

Pengeksport akan mendapati menjual barangan ke Russia lebih berisiko dan lebih mahal.

Russia adalah antara pembeli terbesar barangan perkilangan. Belanda dan Jerman adalah rakan dagangan kedua dan ketiga terbesarnya, berdasarkan data Bank Dunia, walaupun Russia bukanlah pasaran eksport 10 teratas bagi mana-mana negara.

Pembeli asing barangan Russia juga akan berasa lebih sukar, berpotensi mendorong mereka untuk mencari pembekal alternatif.

Tetapi apabila ia berkaitan dengan minyak dan gas Russia, pembeli asing mungkin lebih sukar untuk mencari pembekal ganti. Russia ialah pembekal utama minyak mentah, gas asli dan bahan api fosil pepejal kepada EU, menurut Suruhanjaya Eropah.

Adakah Swift terikat dengan sekatan ekonomi?

Swift terikat dengan peraturan Belgium dan EU, yang termasuk sekatan ekonomi.

Laman web Swift berkata: “Walaupun sekatan dikenakan secara bebas dalam bidang kuasa berbeza di seluruh dunia, Swift tidak boleh sewenang-wenangnya memilih rejim sekatan bidang kuasa mana yang perlu diikuti.”

Pada Mac 2012, EU menghalang Swift daripada memberi perkhidmatan kepada firma dan individu Iran yang telah dikenakan sekatan berhubung program nuklear Tehran. Senarai itu termasuk bank pusat dan bank besar lain. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan
October 23, 2023· Politik
Sekat media kritik kerajaan, Sanusi kata tindakan bacul
October 21, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok