Bank milik Rusia diisytihar bankrap oleh Mahkamah Belanda

April 24, 2022 · Dunia

Mahkamah Belanda mengisytiharkan bankrap ke atas Amsterdam Trade Bank (ATB) yang dimiliki Rusia dan didaftarkan di negara itu atas dakwaan terbabit dalam sekatan berkaitan perang dengan Ukraine.

Mahkamah daerah Amsterdam membuat keputusan tersebut ke atas anak syarikat Alfa Bank Rusia dalam keputusan yang disahkan bank pusat Belanda.

Dalam satu kenyataan di laman webnya, bank pusat itu berkata pelanggan yang memegang deposit dengan ATB akan dilindungi sehingga maksimum EUR100,000 di bawah sistem jaminan deposit Belanda.

Bank pusat mentadbir skim itu bagi pihak kerajaan Belanda, sambil menambah ATB, yang diasaskan pada 1994, mempunyai kira-kira 23,000 pelanggan.

Bank yang diisytihar muflis itu baru-baru ini mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sambil menekankan fokus perniagaannya ialah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Eropah dengan dana daripada penyimpan di Belanda dan Jerman.

Dalam satu kenyataan ATB sebelum ini, mereka berkata sebagai bank Belanda (Eropah) yang dikawal selia, ia bertindak secara bebas daripada pemegang saham dan mematuhi semua sekatan terhadap Rusia.

Washington pada 6 April melancarkan sekatan keras ke atas bank Rusia termasuk Sberbank dan Alfa Bank, yang kedua merupakan pemberi pinjaman swasta utama Rusia, membekukan semua aset mereka yang dikaitkan dengan sistem kewangan Amerika Syarikat.

ATB juga terjejas ekoran sekatan United Kingdom, lapor agensi berita Belanda ANP.

Berita berkaitan
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
PMX pertahan cadangan cagar KWSP untuk buat pinjaman
March 11, 2023· Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023· Isu semasa
Himpunan bantah bakar Al-Quran, 10 individu sudah dirakam keterangan polis
February 2, 2023· Isu semasa
Popular
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
March 31, 2023
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Lagi Dunia terkini
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
4 jam lalu · Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023 · Dunia
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023 · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok