Banjir meningkat ketika fasa ‘bulan bergoyang’, kata kajian NASA

July 16, 2021 · Dunia

Perubahan semula jadi yang akan berlaku pada orbit Bulan – yang disebut ‘goyangan bulan’ – ditambah dengan kenaikan paras laut disebabkan perubahan iklim, dapat meningkatkan jumlah banjir di bumi pada masa akan datang, kata kajian dilakukan Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) dan Universiti Hawaii.

Banjir diunjurkan akan bermula pada tahun 2030-an dan 10 tahun terakhir, menurut kajian itu, yang memfokuskan kepada kesan fenomena berkenaan di AS.

Terdapat 600 banjir yang berlaku di AS akibat air pasang pada tahun 2019, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional. Jumlah itu dijangka meningkat beberapa kali ganda sehingga ke tahun-tahun 2030-an, menurut kajian itu yang diterbitkan dalam majalah Nature Climate.

Sementara banjir akibat air pasang yang melibatkan hanya sedikit sahaja air dan dianggap kurang memberi kerosakan berbanding banjir disebabkan taufan, air yang terkumpul dari semasa ke semasa akan memberi kesan, kata Penolong Profesor di Universiti Hawaii, Phil Thompson yang mengetuai kajian itu dalam satu kenyataan.

“Jika banjir berlaku 10 hingga 15 kali sebulan, perniagaan tidak boleh beroperasi sekiranya tempat pakir dipenuhi air. Orang ramai akan hilang kerja kerana mereka tidak boleh pergi bekerja,” katanya.

Apa yang dikatakan sebagai ‘goyangan bulan’ itu bukan fenomena baharu. Ianya kali pertama dilaporkan pada tahun 1728 dan menjadi sebahagian daripada 18.6 tahun pusingan semula jadi bulan.

Ketika separuh pertama kitaran bulan, pasang surut air di Bumi sentiasa ditekan. Pada separuh masa kedua, air pasang semakin kuat, menurut NASA.

Bulan yang ketika ini berada pada tahap setengah kitarannya, sudah menyebabkan peningkatan banjir di kawasan pesisir pantai, ditambah pula hasil daripada kenaikan paras laut disebabkan perubahan iklim, menurut NASA.

Dalam tempoh satu dekad kenaikan permukaan laut, ia akan memberi kesan teruk, apa lagi ketika Bulan kembali dalam separuh kitarannya dan akan mengakibatkan lonjakan kejadian banjir di semua garis pantai AS, termasuk Hawaii dan Guam.

Para penyelidik mengkaji dan mengukur 89 lokasi pasang surut di wilayah pesisir di seluruh AS, kitaran astronomi dan kemungkinan fenomena yang mempengaruhi pasang surut untuk membuat unjuran, yang menjangkau hingga tahun 2080.

Pentadbir NASA Bill Nelson, dalam satu kenyataan, berkata penyelidikan itu sangat penting untuk membolehkan kawasan pesisir bersiap sedia menghadapi banjir pada masa depan.

“Kombinasi tarikan graviti Bulan, kenaikan permukaan laut, dan perubahan iklim akan terus memburukkan lagi banjir di garis pantai AS dan di seluruh dunia,” katanya.

“Pasukan Perubahan Aras Laut NASA memberikan maklumat penting sehingga kami dapat merancang, melindungi, dan mencegah kerosakan pada lingkungan dan kehidupan penduduk yang terkesan akibat banjir,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok