Banjir landa negara jiran Thailand, sungai melimpah

October 11, 2022 · Dunia

Banjir besar melanda 26 wilayah di  Thailand susulan hujan lebat sehingga mengakibatkan sungai melimpah di kawasan timur laut dan bahagian tengah negara tersebut.

Menurut laporan media negara jiran Malaysia itu, lebih 154,000 keluarga di 4,354 perkampungan terjejas pada Isnin selepas ribut tropika Noru dan monsun barat daya melanda Laut Andaman dan Teluk Thailand.

Laporan Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) berkata hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan paras air sungai meningkat.

Pelepasan air dari empangan juga mengakibatkan banyak kawasan rendah ditenggelami air.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand memaklumkan hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Bangkok dan wilayah lain di bahagian utara, timur dan selatan pada Isnin dan hari ini (Selasa).

Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran untuk penduduk berhampiran lembangan sungai Chao Phraya dan Pa Sak.

Kerajaan turut melaksanakan pelbagai langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan banjir termasuk meletakkan guni pasir serta menyediakan pam air di sepanjang tebing sungai dan kawasan rendah.

Berita berkaitan
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok