Bangladesh buru individu cetus ketegangan agama

October 15, 2021 · Dunia

Pihak berkuasa Bangladesh memburu pihak yang mencetuskan ketegangan agama dengan menyebarkan tuduhan penganut Hindu menghina al-Quran, dan mengajak umat Islam mengambil tindakan.

Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan berkata beliau tidak percaya penganut Hindu akan menghina al-Quran sebegitu rupa dan percaya apa yang berlaku adalah satu sabotaj.

“Pihak berkuasa akan memburu individu yang menjadi dalang menyebarkan kebencian di Cumilla, Chittagong,” katanya susulan serangan dilakukan umat Islam terhadap kuil Hindu yang semakin meningkat sehingga semalam.

Dalam keganasan terbaharu semalam, polis menembak mati empat individu dalam kalangan ratusan yang lain ketika mereka merosakkan beberapa kuil di bandar Hajiganj.

Pertempuran meletus di beberapa bandar lain antara penganut Hindu dan umat Islam serta pasukan keselamatan menyebabkan ratusan lagi cedera.

Sebelum itu, beberapa individu berkongsi gambar dan video di mana al-Quran didakwa diletakkan di kaki patung monyet ketika penganut Hindu meraikan sambutan Durga Puja, dan mengajak umat Islam menyerang penganut Hindu dan memusnahkan kuil.

“Saya secara peribadi tidak percaya penganut Hindu akan bertindak demikian. Kita akan siasat. Sekarang kami sedang berusaha untuk mengawal keadaan dan akan mencari kebenarannya.

“Pihak berkuasa telah diarah memastikan individu terbabit dibawa ke muka pengadilan.” kata Khan.

Beberapa kumpulan sebelum itu menyerang kuil di Chandpur Hajigang, Chattogram Banshkhali, dan Cox Bazar Pekua, dan memusnah patung Hindu.

Ketua Polis Tempatan, Milon Mahmud memaklumkan dalam kejadian itu, kumpulan penganut Islam menyerang sebuah kuil Hindu dan terserempak dengan polis di selatan Hajiganj, menyebabkan empat terkorban dan puluhan lain tercedera, termasuk 15 pegawai polis.

Polis memaklumkan, majistret tempatan sudah memerintahkan larangan untuk mengadakan demonstrasi di kawasan itu dan tujuh individu terlibat sudah ditahan. – Agensi

Umat Islam menyerang dan memusnahkan patung Hindu setelah mendakwa al-Quran dihina. – Gambar Twitter

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Insiden runtuhan tapak pembinaan, tiga pekerja Bangladesh maut di Machang
November 3, 2023· Isu semasa
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
October 3, 2023· Politik
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok