Bangkok hargai peranan Malaysia dalam rundingan damai Selatan Thai

May 21, 2022 · Dunia

Dengan kemajuan ketara yang dicapai sejak akhir-akhir ini, Thailand mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas peranannya sebagai fasilitator kepada rundingan damai dalam menamatkan konflik di selatan Thailand sejak berpuluh dekad.

Timbalan Perdana Menterinya Prawit Wongsuwan menyampaikan perkara itu kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, ketika sesi mesyuarat di Bangkok pada Jumaat, lapor Bernama.

Abdul Rahim telah bertindak sebagai fasilitator dalam rundingan itu.

Dalam satu kenyataan, Panel Dialog Keamanan bagi Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) memaklumkan Prawit turut menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Abdul Rahim susulan peranan pentingnya dalam membawa ke hadapan rundingan damai itu.

“Rundingan (antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional – BRN) telah menyaksikan kemajuan ketara serta mencapai satu titik perubahan penting yang membawa harapan dalam menamatkan keganasan di wilayah sempadan selatan Thailand,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Abdul Rahim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Prawit pada Jumaat. Turut hadir Jeneral Wanlop Rugsanaoh yang mengetuai PEDP.

Pertemuan terbaharu antara kerajaan Thailand dan BRN, kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, telah menyaksikan kemajuan yang ketara apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenai “Inisiatif Ramadan Damai” yang berlangsung dari 3 April hingga 14 Mei.

Tempoh itu bertepatan dengan awal Ramadan hingga hari ke-10 Aidilfitri bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keamanan.

Sebelum ini, media melaporkan hanya satu insiden serangan bom berlaku pada 15 April, di mana seorang orang awam terbunuh dan tiga pegawai polis cedera di daerah Sai Buri, Pattani.

Sementara itu, Prawit mengulangi bahawa kerajaan Thailand komited untuk mencari penyelesaian aman dan berkekalan bagi menamatkan konflik yang berpanjangan itu menerusi perbincangan dan rundingan dengan semua pihak berkepentingan.

Abdul Rahim turut memuji kerajaan memenuhi komitmennya untuk menyelesaikan konflik di selatan Thailand.

“Kejayaan Inisiatif Ramadan Damai membuktikan kerajaan Thailand kekal teguh untuk menjamin keamanan berpanjangan di wilayah selatan,” katanya.

Rundingan antara kerajaan Thailand dan BRN memberi harapan baharu dalam menamatkan keganasan di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla – wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Keganasan tanpa henti di selatan Thailand tercetus sejak 2004 di empat wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla, meragut 7,000 nyawa setakat ini.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Ringgit jatuh lagi, dibuka pada paras RM4.77 berbanding dolar
October 20, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok