Bali kekal zon merah walaupun kes Covid-19 di Indonesia turun

September 2, 2021 · Dunia

Pulau pelancongan utama di Indonesia, Bali, masih lagi diketagorikan sebagai zon merah Covid-19 walaupun jumlah jangkitan di wilayah itu semakin turun dalam beberapa minggu kebelakangan.

Data daripada Pasukan Khas Covid-19 Republik Indonesia menunjukkan enam daripada sembilan daerah di Bali masih lagi dianggap berisiko tinggi pada peringkat nasional.

Daerah berkenaan adalah Badung, Klungkung, Karangasem, Tabanan, Buleleng, dan bandar Denpasar, mengikut data berkenaan.

Wilayah itu masih diletakkan di bawah protokol perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Tahap 4, yang mengenakan sekatan ketat bagi mengelak penularan Covid-19.

Kuarantin kendiri yang longgar di kalangan pesakit Covid-19 di Bali dikatakan sebagai alasan peningkatan penularan jangkitan, sekali gus menyebabkan mereka diarah menjalani kuarantin di pusat khas di wilayah itu.

Pegawai kesihatan Bali berkata kewujudan pusat kuarantin itu membantu mengurangkan penularan kes di Bali yang sekarang ini kekal sekitar 6,371 kes sehari, berbanding sehingga 13,000 kes kira-kira sebulan lalu.

Sementara itu dalam tempoh 24 jam, Indonesia merekodkan 5,436 jangkitan baharu – jumlah kes paling rendah sejak 4 Jun lalu – menjadikan keseluruhannya 4,079,267 kes positif.

Sebanyak 568 pesakit pula dilaporkan meninggal dunia menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 di negara itu meningkat kepada 132,491 kes.

Walaupun, kadar jangkitan Covid-19 di negara itu menunjukkan perkembangan baik, namun pemerintah Indonesia mengekalkan PPKM, khususnya di wilayah yang jumlah kes masih tinggi.

Bagaimanapun, perintah PPKM di beberapa wilayah lain, seperti Jakarta yang menunjukkan penurunan ketara kes Covid-19, dilonggarkan, termasuk membenarkan pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka di 600 sekolah rendah dan menengah. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Dua maut, lapan cedera serangan bunuh diri di balai polis Bandung
December 7, 2022 · Dunia
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022 · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok