Bali kehabisan bekalan oksigen untuk pesakit Covid-19

July 24, 2021 · Dunia

Pulau pelancongan Indonesia – Bali – kini dilaporkan kehabisan oksigen untuk kegunaan pesakit Covid-19 tatkala jangkitan di wilayah itu terus meningkat, kata pegawai kesihatan, ketika negara itu sedang berdepan kepayahan melawan penularan varian Delta.

Bali yang cukup terkenal dengan pantai dan kuil-kuil pelancongannya, bersama Pulau Jawa dan 15 wilayah lain diletakkan di bawah perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) atau ‘lockdown’ yang akan berakhir esok.

Pada 3 Julai lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan PPKM Darurat sebagai langkah pencegahan penyebaran wabak Covid-19, yang berkuat kuasa sehingga 20 Julai lalu, tetapi disambung sehingga esok.

Setakat ini pemerintah Indonesia masih belum memberi kata putus sama ada untuk menyambung atau tidak PPKM tersebut.

“Ada masalah kekurangan bekalan oksigen di Bali. Pihak kami sedang mengalami kekurangan bekalan oksigen sejak 14 Julai lalu dan keadaan semakin kritikal hari ini kerana peningkatan kes baharu yang sangat tinggi,” kata Ketua Agensi Kesihatan Bali, Ketut Suarjaya.

Beliau berkata sebanyak 113.3 tan bekalan oksigen diperlukan di Bali sementara pihak hospital hanya memiliki 40.5 tan sahaja.

Menurut Data Rasmi Kerajaan, jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia kini lebih 3 juta jangkitan Covid-19 dan 80,598 kes kematian.

Penyebaran wabak Covid-19 di negara keempat terpadat di dunia itu didorong oleh varian Delta dan masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa kes akan menurun.

Our World in Data pula melaporkan bahawa republik itu telah mencatatkan kadar kematian sebanyak tiga kali ganda lebih tinggi daripada purata kes di dunia.

Perbahasan mengenai langkah sekatan yang dikenakan itu turut menarik perhatian pakar kesihatan yang mengatakan terlalu awal untuk menarik balik perintah PPKM-Darurat ketika kes sedang meningkat. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok