Bali dibuka kepada pengunjung, tapi tiada penerbangan global

October 14, 2021 · Dunia

Selepas hampir setahun setengah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, akhirnya pusat percutian terkemuka di Indonesia, Bali, akan kembali dibuka kepada pengunjung.

Tetapi, terdapat satu kekurangan yang penting iaitu penerbangan antarabangsa.

Reuters melaporkan, pusat pelancongan itu akan dibuka semula mulai esok dan hanya satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di pulau itu, Ngurah Rai sudah mengadakan simulasi persediaan menyambut pengunjung antarabangsa, tetapi pihak pengurusan lapangan terbang itu memaklumkan ia tidak akan dibuka dalam tempoh masa terdekat.

“Buat masa sekarang, tiada penerbangan dijadualkan,” kata jurucakap lapangan terbang, Taufan Yudhistira.

Melalui laporan itu, penguatkuasaan ketat oleh pihak Imigresen Indonesia menyebabkan kesan yang besar kepada industri pelancongan di pulau itu, termasuk penutupan hotel, kedai-kedai serta perniagaan.

Kerajaan Indonesia berusaha memulihkan kembali sektor pelancongan di Bali, susulan angka kes Covid-19 yang semakin menurun secara mendadak sejak Julai lalu, di mana republik ini suatu ketika dikenali sebagai pusat penyebaran wabak di Asia.

Bagaimanapun, perincian seperti keperluan visa dan rakyat dari negara mana yang akan dibenarkan memasuki pulau itu, masih belum dimuktamadkan lagi.

Sehingga kini, Indonesia hanya akan membuka sempadannya kepada 19 negara dari China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand, serta beberapa negara dari Teluk Arab dan Eropah Barat.

Sementara itu, pengusaha sektor pelancongan Indonesia menyatakan, pelan pembukaan semula tidak bertepatan dengan kehendak, kerana tempahan bagi hotel masih pada tahap rendah.

“Pihak kami sudah bersiap sedia untuk menerima kedatangan pengunjung ke Bali, namun ia tidak bermaksud penduduk pulau ini dapat menerima jumlah pengunjung yang tinggi.

“Paling tidak, kami boleh menerima kembali situasi ini pada akhir tahun ini,” kata Pengarah Eksekutif Persatuan Hotel dan Restoran Bali, Ida Bagus Purwa Sidemen.

Manakala, Gabenor Bali, I Wayan Koster memaklumkan pihaknya mahu memulihkan kembali Bali kerana lebih 54 peratus daripada sektor ekonomi republik itu hanya bergantung kepada pelancongan.

Semalam, Indonesia merekodkan 1,233 kes baharu dan 48 kematian akibat Covid-19, menjadikan angka kumulatif di republik itu mencecah hampir 4.23 juta kes dan 143,000 kematian yang direkodkan. – Reuters

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok