Bagaimana memasuki Thailand mulai 1 Mei

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) kerajaan Thailand pada Jumaat meluluskan langkah menamatkan skim ‘test&go’ dan membuka negara kepada pelancong asing mulai 1 Mei depan.

Sehubungan itu, mulai bulan depan, mereka yang ingin memasuki Thailand mesti mengikuti langkah berikut:

1. Bagi pengembara lengkap divaksinasi

– Daftar untuk Pas Thailand dengan salinan sijil vaksin anda dan bukti insurans Covid-19 dengan perlindungan sekurang-kurangnya AS$10,000.

– Tiada ujian semasa ketibaan diperlukan.

– Pengembara dinasihatkan untuk mengambil ujian antigen pantas (ATK) semasa berada di Thailand. Jika ujian itu positif, mereka hendaklah menjalani rawatan yang dilindungi insurans mereka.

– Mereka yang melakukan hubungan rapat berisiko tinggi dengan orang yang dijangkiti mesti mengasingkan diri selama lima hari dan memantau gejala mereka selama lima hari lagi. Ujian ATK hendaklah diambil pada hari ke-5 dan hari ke-10 selepas kontak dengan kes Covid-19.

2. Bagi pengembara yang tidak divaksinasi:

– Daftar untuk Pas Thailand dan tunjukkan keputusan RT-PCR negatif yang diambil dalam masa 72 jam selepas berlepas serta bukti insurans $10,000 Covid-19, atau

– Daftar untuk Pas Thailand, tunjukkan bukti insurans $10,000 Covid-19 dan tempah 5 hari di kemudahan kuarantin alternatif.

– Apabila tiba, kekal dalam sistem kuarantin alternatif dan ambil ujian RT-PCR pada hari ke-4 atau hari ke-5.

– Pengembara dinasihatkan untuk mengambil ujian antigen (ATK) semasa berada di Thailand. Mereka yang diuji positif hendaklah menjalani rawatan di bawah insurans mereka.

– Mereka yang melakukan hubungan rapat berisiko tinggi dengan orang yang dijangkiti mesti mengasingkan diri selama lima hari dan memantau gejala mereka selama lima hari lagi. Ujian ATK hendaklah diambil selepas hari ke-5 kelima dan hari ke-10 selepas kontak dengan kes Covid-19. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR