Badan dunia syor dua vaksin bagi menentang varian Omicron

September 2, 2022 · Dunia

Agensi Ubat Eropah (EMA) pada Khamis mengesyorkan penggunaan dua vaksin iaitu Pfizer/BioNTech dan Moderna bagi menentang varian Omicron.

Vaksin jenis Comirnaty Original/Omicron BA.1 (dari Pfizer/BioNTech) dan Spikevax Bivalent Original/Omicron BA.1 (dari Moderna) akan dihantar kepada Suruhanjaya Eropah untuk mendapat kelulusan, sebelum ia digunakan pada individu berumur 12 tahun ke atas yang telah menerima dos vaksin primer terhadap Covid-19, lapor Xinhua.

Kajian menunjukkan bahawa vaksin itu boleh mencetuskan tindak balas imun yang kuat terhadap varian Omicron BA.1 dan strain Covid-19 asal pada mereka yang telah disuntik sebelum ini, menurut EMA.

Kesan sampingannya adalah sama seperti suntikan sebelum ini dan lazimnya ringan dan tidak berlanjutan.

“Apabila wabak ini berubah, EU berhasrat untuk memiliki rangkaian vaksin yang luas serta dapat disesuaikan dengan pelbagai varian supaya negara-negara anggota mempunyai pelbagai pilihan keperluan dan merancang strategi vaksinasi mereka.

“Ini merupakan elemen penting dalam strategi keseluruhan demi memerangi wabak itu kerana tidak mungkin kita mampu meramal bagaimana virus itu akan berubah pada masa depan dan varian mana yang akan disebarkan pada musim sejuk ini,” menurut EMA.

EMA kini sedang menyemak vaksin-vaksin lain untuk menentang subvarian Omicron BA.4 dan BA.5.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
23 kanak-kanak tadika antara 31 maut ditikam, tembak di Thailand
October 6, 2022
Empat sekeluarga Sikh diculik di San Francisco ditemui dibunuh
October 6, 2022
AS lepasi 50 juta kes positif Covid-19
December 16, 2021
Taikun India orang kedua terkaya di dunia, atasi pengasas Amazon
September 17, 2022
Lagi Dunia terkini
Empat sekeluarga Sikh diculik di San Francisco ditemui dibunuh
10 jam lalu · Dunia
23 kanak-kanak tadika antara 31 maut ditikam, tembak di Thailand
12 jam lalu · Dunia
Ketua Pengarah Penjara Kashmir dibunuh kumpulan pemisah
October 4, 2022 · Dunia
Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak
October 3, 2022 · Dunia
Sejarah hitam bola sepak Indonesia, Presiden arah siasatan segera
October 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok