BA.4 dan BA.5 kini disenaraikan Eropah sebagai varian membimbangkan

May 16, 2022 · Dunia

Eropah mengambil langkah menyenaraikan dua varian Omicron BA.4 dan BA.5 sebagai varian membimbangkan (VOC).

Kedua-dua varian itu yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan dianggap merbahaya kerana berupaya mengelak daripada perlindungan imuniti vaksin.

Pegawai kesihatan di Eropah juga tidak menolak berkemungkinan varian tersebut bakal menguasai kes Covid-19 Eropah menjelang musim panas.

Pusat Pencegahan Penyakit dan Kawalan Eropah (ECDC) dalam laporan menyatakan subvarian BA.4 dan BA.5 boleh menyebabkan lonjakan kes jangkitan Covid-19 di seluruh benua sekaligus meningkatkan jumlah kemasukan ke hospital dan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).

Memetik laporan Daily Mail, agensi kesihatan awam Kesatuan Eropah (EU) menggalakkan semua negara untuk `kekal berwaspada’ terhadap sebarang tanda kemunculan subvarian Omicron tersebut.

Malah, ECDC juga menggalakkan golongan berusia lebih 80 tahun menerima suntikan penggalak kedua.

Agensi itu turut menggalakkan negara-negara Eropah merangka pelan untuk individu berusia lebih 60 tahun dan kumpulan terdedah lain untuk menerima dos penggalak kedua.

BA.4 dan BA.5 pertama kali dikesan di Afrika Selatan masing-masing pada Januari dan Februari lalu.

Sejak itu, kedua-dua subvarian tersebut menjadi strain dominan di negara itu, manakala BA.5 pula dijangka menjadi varian paling biasa di Portugal menjelang 22 Mei nanti.

Sementara itu, laporan ECDC juga menyatakan pada masa ini `tiada tanda sebarang perubahan dalam kadar keterukan jangkitan bagi BA.4 dan BA.5 berbanding sub-varian Omicron sebelum ini.

“Kehadiran subvarian ini boleh menyebabkan peningkatan keseluruhan yang ketara dalam kes Covid-19 di EU dalam tempoh beberapa minggu dan bulan akan datang,” jelas laporan itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok