Austria wajibkan vaksinasi dewasa, lulus denda RM17,000

January 21, 2022 · Dunia

Parlimen Austria meluluskan undang-undang mewajibkan semua populasi dewasa divaksinasi mulai bulan depan, sekali gus menjadi negara Eropah pertama yang berbuat demikian walaupun terdapat gelombang bantahan terhadap langkah itu.

Puluhan ribu menunjukkan penentangan terhadap mandatori vaksin Covid-19 pada hujung minggu sejak langkah itu diumumkan November tahun lalu dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi negara.

Undang-undang baharu itu diluluskan dengan 137 undi menyokong dan 33 undi menentangnya di Parlimen yang mempunyai 183 kerusi.

“Ia diterima pakai dengan majoriti,” kata Presiden Kedua Majlis Kebangsaan, Doris Bures.

Sehingga kini, 72 peratus penduduk Austria telah lengkap divaksinasi – sejajar dengan purata seluruh Kesatuan Eropah hanya lebih daripada 70 peratus, tetapi beberapa mata peratusan di bawah jiran serantau seperti Itali dan Perancis.

Di bawah undang-undang baharu itu yang berkuat kuasa pada 4 Februari ini, individu dewasa yang enggan menerima suntikan vaksin boleh dikenakan hukuman denda sehingga euro 3,600 (kira-kira RM17,000) mulai pertengahan Mac selepas “fasa pengenalan” dilaksanakan.

Kerajaan Austria pada mulanya mahu menetapkan vaksinasi wajib kepada penduduk seawal usia 14 tahun dan ke atas, tetapi kini mengubahnya hanya kepada individu dewasa, kecuali wanita hamil dan mereka yang mempunyai alasan perubatan.

“Vaksinasi adalah peluang untuk masyarakat kita mencapai kebebasan yang berkekalan dan berterusan, dan virus itu tidak dapat menyekat kita lagi,” kata Canselor Karl Nehammer.

Menteri Kesihatan Wolfgang Mueckstein merayu rakyat negara itu mengetepikan mitos sebaliknya berkata vaksin yang digunakan di Austria adalah selamat.

Sehingga kini, negara itu menyaksikan hampir 14,000 kematian akibat Covid-19 dan 1.5 juta jangkitan positif di dalam populasi kira-kira sembilan juta penduduk.

Rabu lalu, jumlah jangkitan melonjak mencapai rekod tertinggi apabila mencatat 27,600 kes baharu. – Agensi

Berita berkaitan
Penganggur didenda RM3,000 selepas didapati bersalah calar kereta Alphard
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok