Australia mula kerah tentera kawal Sydney

July 30, 2021 · Dunia

Australia mengerahkan ratusan anggota tenteranya ke Sydney untuk membantu melaksanakan perintah penutupan atau ‘lockdown’ di seluruh bandar terbesar di negara itu.

Tindakan itu diambil susulan penularan varian Delta sejak Jun lalu yang sehingga kini menyebabkan 3,000 jangkitan dan sembilan kematian di ibu negeri New South Wales itu.

Walaupun perintah ‘lockdown’ dikuatkuasakan, wabak Covid-19 masih menular. Pihak berkuasa kesihatan memaklumkan 170 kes baharu direkodkan hari ini.

Bagaimanapun sesetengah pihak mempertikaikan sama ada perlu atau tidak pihak tentera dikerah.

Perintah penutupan itu dikuatkuasakan sehingga sekurang-kurangnya 29 Ogos depan, antara lain mengenakan sekatan kepada orang ramai daripada meninggalkan rumah kecuali ada urusan penting.

Tentera Australia dilaporkan akan menyertai pihak polis mengawal kawasan titik panas bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan termasuk had pergerakan dalam lingkungan 10 kilometer dari rumah mereka.

Maklumat yang diberikan oleh pegawai kesihatan juga menunjukkan bahawa virus ini menular, terutamanya melalui pergerakan yang dibenarkan.

Penularan Covid-19 dilaporkan banyak berlaku dalam kalangan pekerja kritikal dan keluarga miskin yang tinggal di pinggir bandar raya Sydney. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok