Australia lapor kematian pertama tahun ini kerana Covid-19

Australia hari ini melaporkan kes kematian pertama tahun ini akibat Covid-19, tatkala pihak berkuasa New South Wales (NSW) sedang berperang untuk menghalang wabak varian Delta daripada menular dengan lebih meluas.

Wanita berusia 90-an di NSW itu meninggal dunia beberapa jam setelah disahkan positif Covid-19. Negeri di Australia itu merekodkan 77 kes baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Menteri NSW Gladys Berejiklian berkata jumlah di sekitar dan di dalam bandar Sydney, yang kini diletakkan dalam sekatan, dijangka meningkat.

Kematian berlaku di New South Wales yang mencatatkan sejumlah kes jangkitan baru dan Pihak Berkuasanya telah memberikan amaran mengenai kenaikan kes itu.

Semalam, terdapat 50 kes baru direkodkan dan di antara kes tertinggi pada tahun 2021. Jumlah keseluruhan jangkitan baru di Australia adalah sebanyak 566 kes.

Daripada jumla kes hari ini, 33 individu didapati berada dalam komuniti semasa mereka dijangkiti dan ini menunjukkan kemungkinan ‘lockdown’ tiga minggu kepada lima juta penduduk Sydney dan sekitarnya, mungkin disambung.

Australia berjaya menangani wabak Covid-19 jauh lebih baik daripada banyak negara maju lain. Ia dapat dilihat daripada jumlah keseluruhan yang direkodkan semasa jangkitan gelombang pertama di mana lebih dari 31,000 kes positif dan 911 kematian.

Namun, perlaksanaan suntikan vaksinasi menjadi lambat kerana kekurangan bekalan dan perubahan nasihat dari pakar perubatan mengenai suntikan pertama AstraZeneca.

Suntikan vaksin di Australia hanya diberikan kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan kumpulan berisiko. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR