Australia lancarkan vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak

September 13, 2021 · Dunia

Australia hari ini mula memperluaskan kempen vaksinasi Covid-19 di negaranya dengan menfokuskan hampir satu juta kanak-kanak yang berusia 12 hingga 15 tahun, setelah bekalan vaksin tambahan diperoleh ketika negara itu sedang bergelut untuk meningkatkan kadar vaksinasi penduduknya.

Sebelum ini, Australia meluluskan penggunaan vaksin Moderna kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas. Semua kanak-kanak dalam lingkungan usia itu boleh mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin berkenaan dan Pfizer mulai hari ini.

Australia sedang berusaha untuk mengawal gelombang ketiga penularan varian Delta Covid-19 yang mudah berjangkit dan telah melaksanakan perintah sekatan di bandar terbesarnya, Sydney dan Melbourne. Australia juga berusaha mempercepatkan pemberian vaksin kepada semua penduduknya.

Peningkatan jangkitan yang berterusan menyebabkan pihak berkuasa negara itu berusaha mendapatkan bekalan vaksin kecemasan. Sejuta dos Moderna dibeli dari Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad, sementara perjanjian pertukaran vaksin dengan Britain dan Singapura turut dilaksanakan selama dua minggu terakhir.

Ketua Pasukan Petugas Vaksinasi Australia, Leftenan Jeneral John Frewen memaklumkan bahawa sumber vaksin di negara itu mencukupi mulai pertengahan Oktober untuk memenuhi permintaan vaksinasi sepenuhnya kepada mereka yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Kami mempunyai bekalan yang mencukupi dengan jaringan pengedaran negara lain,” katanya hari ini.

Sementara itu, sebanyak 80 peratus daripada populasi dewasa New South Wales telah lengkap divaksin dan mereka, terutama yang tinggal di Sydney, memperoleh beberapa kelonggaran.

Antara sekatan yang dilonggarkan mulai hari ini, adalah lima orang dari satu keluarga dibenarkan keluar atau berkumpul dan berada di luar rumah selama dua jam.

Kes pertama virus mula dikesan di Sydney pada Jun lalu dan sejak itu ia menular ke Melbourne dan Canberra sehingga mencetuskan pandemik terburuk di Australia.

Walaupun jangkitan harian di Australia sekitar 2,000 kes sehari, dan mengikut piawaian global ia masih rendah, iaitu sebanyak 42 peratus, namun para pegawai yang bertugas tetap bimbang kerana kes kematian dan kemasukan ke hospital turut membabitkan individu yang menerima vaksin lengkap.

Sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes di Australia telah mencecah 73,000, manakala 1,091 kematian direkodkan sejak tahun lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok