Australia laksana pendekatan ‘hidup bersama virus’

September 1, 2021 · Dunia

Pihak berkuasa Australia hari ini membuat keputusan tidak lagi menumpukan strategi untuk menurunkan kes Covid-19 menjadi sifar, sebaliknya fokus kini ditumpukan kepada meningkatkan imunisasi di kalangan penduduknya.

Namun, pendekatan ‘hidup bersama virus’ itu disusuli dengan melanjutkan perintah sekatan dan ‘lockdown’ di Victoria, khususnya di bandar raya Melbourne, selama tiga minggu lagi. Perintah sekatan sebelum ini akan berakhir esok.

Ketua Menteri Victoria Daniel Andrews menegaskan kelonggaran sekatan hanya akan dilakukan setelah 70 peratus penduduk dewasa di negeri itu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19 menjelang 23 September ini.

“Kita telah melakukan pelbagai cara, namun jelas kepada kita sekarang bahawa kita tidak dapat menurunkan jumlah jangkitan, sebaliknya ia akan terus meningkat,” katanya.

Melbourne, ibu negeri Victoria, diletakkan di bawah perintah sekatan dan ‘lockdown’ hampir sebulan lalu namun gagal mengekang penularan kes Covid-19.

“Kita mesti memberi masa untuk vaksinasi menunjukkan keberkesanan dalam menghadapi tugas berat ini,” katanya.

Hari ini, Victoria merekodkan 120 jangkitan baharu berbanding 76 kes semalam. Daripada jumlah itu, 100 kes membabitkan jangkitan di dalam komuniti.

Negeri jirannya, New South Wales pula menyasarkan 70 peratus penduduk berusia lebih 16 tahun lengkap menerima vaksin pada pertengahan bulan depan, tatkala wabak Covid-19 mendorong peningkatan program vaksinasinya.

“Tidak kira di mana anda tinggal, kehidupan akan menjadi jauh lebih baik, lebih bebas, selagi anda diberi vaksin pada kadar 70 peratus,” kata Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian.

Sehingga kini, 37 peratus daripada populasi New South Wales melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, manakala 67 peratus lagi menerima sekurang-kurangna satu dos suntikan, lebih tinggi daripada kadar pemberian dos peringkat nasional.

Negeri itu hari ini merekodkan 1,116 jangkitan baharu, turun sedikit berbanding 1,164 yang dicatatkan semalam. NEw South Wales juga merekodkan empat kematian menjadikan keseluruhannya 100 kes.

Perdana Menteri Scott Morrison memberitahu Parlimen Australia hari ini bahawa negara itu perlu membatalkan perintah sekatan dan ‘lockdown’.

“Rakyat Australia boleh hidup dengan virus ini,” katanya di Canberra. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022
Pemerintah Dubai diarah bayar nafkah bekas isteri, anak £550 juta
December 22, 2021
Lagi Dunia terkini
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
7 jam lalu · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok