Australia hadkan AstraZeneca kepada individu 60 tahun ke atas

June 17, 2021 · Dunia

Kerajaan Australia mengehadkan pemberian vaksin AstraZeneca hanya kepada individu berusia 60 tahun ke atas, susulan peningkatan kejadian darah beku mereka yang telah menerima suntikan vaksin itu.

Menteri Kesihatan Australia Greg Hunt berkata polisi itu berubah susulan 60 kes darah beku akibat vaksin AstraZeneca dilaporkan dengan dua kematian direkodkan.

“Kerajaan meletakkan keselamatan di atas segalanya. Nasihat terkini yang diterima hari ini berasaskan kepada bukti baru yang menunjukkan risiko lebih tinggi untuk keadaan (sindrom trombositopenia) yang sangat jarang berlaku kepada kumpulan umur 50 hingga 59 tahun,” katanya.

Pada April lalu, kerajaan Australia mengehadkan pemberian vaksin AstraZeneca hanya kepada individu berusia 50 tahun ke atas.

Beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) telah menghentikan pemberian vaksin AstraZeneca kepada individu di bawah usia tertentu, biasanya antara 50 hingga 65 tahun, membatasi penggunaannya kepada orang yang lebih tua, susulan berlaku darah beku, terutama di kalangan orang muda.

Hunt berkata cadangan terbaharu itu tidak akan menjejaskan jadual imunisasi di mana Australia menyasarkan memberi satu dos vaksin Covid-19 kepada setiap rakyatnya sebelum akhir 2021.

Pada April lalu, Australia menambah pembelian vaksin Pfizer kepada 40 juta dos, sementara 25 juta lagi bagi vaksin Moderna.

Australia meminda dasar vaksin susulan negeri paling ramai penduduknya, New South Wales, terpaksa berperang dengan peningkatan kes Covid-19 membabitkan beberapa kluster yang tidak dapat dikesan puncanya.

“Pada peringkat ini, kita semua berjaga-jaga,” kata Ketua Menteri New South Wales Gladys Berejiklian.

Seorang lelaki berusia 60-an bekerja sebagai pemandu dengan sebuah syarikat penerbangan dikesan positif Covid-19 pada Rabu, manakala isterinya juga turut positif. Ujian genetik mendapati lelaki berkenaan dijangkiti virus yang membimbangkan (VOC) varian Delta.

Varian Delta, yang telah diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara empat VOC Covid-19 yang mendapat perhatian kerana terbukti mampu tersebar dengan cepat dan mudah. Varian itu juga menjadi penyebabkan berlaku ‘tsunami Covid-19’ di India. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok