Australia capai 70 peratus penduduk divaksin, sempadan dibuka November

October 20, 2021 · Dunia

Australia hari ini mencapai sasaran 70 peratus populasi berusia 16 tahun ke atas melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing – tanda aras ditetapkan kerajaan untuk membuka semula negara itu.

Mengumumkan pencapaian sasaran itu, Perdana Menteri Scott Morrison berkata “kita melakukannya”.

“70 peratus warga Australia berusian 16 tahun ke atas sekarang lengkap divaksin. Terima kasih Australia.

“Sekarang kita sasarkan 80 peratus dalam Pelan Nasional, jadi kita boleh terus membuka Australia dengan selamat,” kata Morrison.

Menurut Menteri Kesihatan Greg Hunt, sehingga kini 33 juta dos vaksin telah diberikan dan 70 peratus penduduk Australia berusia 16 tahun ke atas telah menerima kedua-dua dos.

Awal bulan ini, Morrison mengumumkan Australia akan membuka sempadan antarabangsanya kepada individu lengkap divaksin mulai bulan depan.

“Ini akan membolehkan rakyat Australia yang lengkap divaksin dan penduduk tetap yang kini berada di luar negara untuk pulang,” katanya.

Australia menjadi salah satu negara yang memperketakkan kawalan sempadan antarabangsanya, termasuk melarang rakyatnya meninggalkan negara itu.

Baru-baru ini, varian Delta Covid-19 merebak secara meluas di beberapa negeri di Australia, termasuk New South Wales dan Victoria, menyebabkan peraturan dan sekatan ketat dikenakan.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Australia melaporkan 2,150 jangkitan baharu menjadikan keseluruhannya 149,231 kes positif, sementara 1,579 pesakit Covid-19 meninggal dunia. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok