Australia buka kembali sektor ekonomi walaupun kes Covid-19 naik

Kerajaan Australia memaklumkan kesan gejala ringan akibat varian Omicron Covid-19 membolehkan negara itu kembali meneruskan perancangan pembukaan semula sektor ekonomi, walaupun kes jangkitan terbaharu Covid-19 di negara itu merekodkan lonjakan.

Terkini, kes positif baharu di negara itu melebihi daripada 37,000 kes dan bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital juga menunjukkan peningkatan.

Angka kes jangkitan Covid-19 hari ini diperoleh di wilayah Victoria, Queensland, South Australia dan Tasmania.

Manakala di New South Wales melaporkan 20,794 kes baharu iaitu lebih tinggi daripada jangkitan semalam.

Angka tertinggi kebangsaan pernah merekodkan lebih daripada 37,150 kes, tidak termasuk kes di kawasan Australia Barat dan Wilayah Utara.

“Kini, kita sudah berhenti memikirkan angka kes jangkitan dan lebih fokus kepada gejala serta penyakit serius kerana kita perlu hidup bersama virus ini. Kita perlu sentiasa menjaga kesihatan sendiri dan memastikan kita memantau simptom, serta ekonomi tetap perlu diteruskan,” jelas Perdana Menteri, Scott Morrison.

Sehingga kini, pesakit yang didaftarkan di hospital sudah melonjak ke 1,204 kes di NSW, iaitu naik hampir 10 peratus daripada hari sebelumnya, dan tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pada sambutan Krismas.

Menteri Kesihatan Persekutuan, Greg Hunt memaklumkan kerajaan mengakui bahawa Omicron lebih pantas merebak tetapi kesannya lebih ringan berbanding varian lain, sekaligus mengurangkan risiko ke atas individu dan sistem kesihatan.

BERITA BERKAIT
POPULAR