Australia batal perjanjian ‘Belt and Road’, China beri amaran

April 22, 2021 · Dunia

Australia pada Rabu membatalkan empat perjanjian yang dicapai, termasuk oleh negeri Victoria, dengan China berkaitan Inisiatif ‘Belt and Road’ (BRI).

Tindakan itu sekali gus mendorong kedutaan China di Canberra untuk memberi amaran bahawa hubungan dua hala yang sudah tegang pasti akan bertambah buruk.

Di bawah sistem baharu di Australia, Menteri Luar, Marise Payne memiliki kuasa untuk mengkaji semula kesepakatan yang dicapai oleh negeri dan universiti di negara itu dengan negara-negara lain.

Payne mengatakan bahawa dia telah memutuskan untuk membatalkan empat perjanjian, termasuk dua yang dipersetujui antara Victoria dengan China pada 2018 dan 2019, berhubung kerjasama BRI – skim perdagangan dan pembangunan yang ditandatangani Presiden China, Xi Jinping.

“Saya menganggap keempat-empat perjanjian ini tidak konsisten dengan dasar luar Australia atau merugikan hubungan luar negara kami,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kedutaan China di Australia pula membantah dengan keras tindakan itu sambil menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

“Ini adalah salah satu lagi tindakan tidak masuk akal dan langkah provokatif pihak Australia terhadap China.

“Ini menunjukkan bahawa pemerintah Australia tidak memiliki keikhlasan dalam memperbaiki hubungan China-Australia,” kata kenyataan kedutaan China.

Hubungan dua hala Canberra dan Beijing tegang sejak 2018 apabila Australia secara rasmi menjadi negara pertama mengharamkan rangkaian 5G syarikat teknologi gergasi China, Huawei.

Hubungan bertambah buruk tahun lalu ketika Canberra meminta siasatan bebas mengenai asal usul wabak Covid-19 dijalankan.

Langkah terbaru Australia pasti akan merosakkan lagi hubungan dua hala, dan hanya akan melukai dirinya sendiri,” kata kenyataan China.

Parlimen Australia sebelum ini menggunakan kuasa veto berhubung perjanjian asing oleh negeri-negerinya pada Disember lalu di tengah ketegangan diplomatik yang semakin mendalam dengan China, menyebabkan Beijing mengenakan sekatan terhadap eksport Australia.

Perdana Menteri Scott Morrison dan bekas Perdana Menteri, Malcolm Turnbull tidak bersetuju negara itu menandatangani perjanjian persefahaman dengan China berhubung BRI.

Beberapa negara takut pinjaman yang diberikan oleh BRI akan meningkatkan hutang jangka panjang di negara membangun, termasuk wilayah kepulauan Pasifik. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok