Atur langkah diplomatik selamat askar terkepung di kilang keluli

May 7, 2022 · Dunia

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata usaha diplomatik sedang dilakukan bagi menyelamat baki tenteranya yang masih bersembunyi di dalam kilang keluli Azovstal di bandar Mariupol, ketika lebih ramai orang awam dipindahkan dari loji yang berterusan dibom.

Kumpulan tentera Ukraine yang bersembunyi di kilang itu telah berikrar untuk tidak menyerah.

Pegawai Ukraine bimbang tentera Russia akan menghapuskan mereka pada Isnin ini, tepat pada masanya Moscow memperingati kemenangan bekas Kesatuan Soviet ke atas Nazi Jerman dalam Perang Dunia II.

Ukraine berkata kira-kira 50 orang awam telah dipindahkan pada Jumaat (6 Mei), sambil menuduh Russia melanggar gencatan senjata bertujuan membenarkan berpuluh-puluh penduduk yang masih terperangkap di bawah tanah berlepas selepas beberapa minggu dikepung.

Mariupol mengalami pengeboman paling dahsyat dalam perang 10 minggu lalu, dengan loji Azovstal era Soviet yang luas adalah bahagian terakhir bandar itu – pelabuhan selatan yang strategik di Laut Azov – masih di tangan tentera Ukraine.

Zelensky dalam ucapan video lewat malam tadi berkata Ukraine sedang melakukan usaha diplomatik untuk menyelamatkan askar yang berada di dalam kilang keluli itu.

Bagaimanapun, tidak pasti berapa ramai askar Ukraine yang masih berada di kilang keluli itu.

“Perantara yang berpengaruh terlibat, negara yang berpengaruh,” katanya, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Pemindahan yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula hujung minggu lalu membabitkan ratusan orang awam yang telah berlindung di dalam rangkaian terowong dan kubu di bawah loji itu.

Penasihat Presiden Ukraine Oleksiy Arestovych berkata Russia sedang berusaha untuk merampas kilang itu menjelang Isnin sebagai hadiah untuk Presiden Vladimir Putin ketika cuti Hari Kemenangan Perang Dunia II.

Putin mengisytiharkan kemenangan di Mariupol pada 21 April, mengarahkan loji itu ditutup dan meminta tentera Ukraine di dalam untuk melucutkan senjata.

Tetapi Russia kemudiannya meneruskan serangannya ke atas kilang itu.

Mariupol, yang terletak di antara Semenanjung Crimea yang ditawan oleh Moscow pada 2014 dan bahagian timur Ukraine yang dikuasai kumpulan pemisah disokong Russia pada tahun itu, adalah kunci yang menghubungkan dua wilayah yang dikuasai Russia dan menyekat eksport Ukraine. – Agensi

Berita berkaitan
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
23 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
January 26, 2023· Isu semasa
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022· Dunia
AS umum bantuan keselamatan $270 juta kepada Ukraine
July 23, 2022· Dunia
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok