AstraZeneca optimum pengeluaran vaksin untuk Asia Tenggara

July 25, 2021 · Dunia

AstraZeneca memberi jaminan mereka akan berusaha mengoptimumkan pembuatan dan pengeluaran vaksin Covid-19 dari kilang Siam Bioscience di Thailand untuk diedarkan di seluruh Asia Tenggara.

Pengarah Urusan AstraZeneca Thailand James Teague, dalam surat terbuka kepada penduduk negara itu yakin syarikat berkenaan mampu meningkatkan pengeluaran tetapi bergantung kepada bahan material biologi.

Menerusi surat itu juga Teague berjanji untuk mencari vaksin berkenaan dalam mana-mana rantaian pengedaran di 20 pengeluar di tempat lain untuk dihantar ke negara-negara di Asia Tenggara

“Kami menyedari orang ramai perlu diberi vaksin sama ada di Thailand atau seluruh Asia Tenggara. Vaksin yang dibuat di Thailand juga penting untuk negara jiran kita,” katanya yang memberi bayangan tidak menyokong desakan supaya Thailand mengharamkan eksport vaksin itu sehingga semua penduduknya divaksin.

Terdahulu Kementerian Kesihatan Awam Thailand melaporkan sebanyak 14,260 kes baharu Civid-19 dan 119 kematian sepanjang 24 jam, semalam.

Sehingga kini 4,099 pesakit dalam kritikal dan diletakkan di bawah penjagaan rapi hospital dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Phuket yang membuka semula pulau itu kepada pelancong baru-baru ini merekodkan 21 jangkitan baharu menjadikan 90 kes dalam tempoh seminggu.

Teague berkata pihaknya memandang serius peningkatan jumlah kes baharu Covid-19 di Thailand dan beberapa negara lain di rantau ini dan memberi jaminan bahawa AstraZeneca memberi keutamaan dalam pengeluaran vaksin berkenaan.

“Menjelang akhir Julai ini kami akan menghantar 11.3 juta dos sebagai sebahagian daripada komitmen 61 juta seperti dijanjikan kepada Thailand.

“Sehingga kini kami telah menyerahkan sembilan juta dos dengan 2.3 juta akan diberi kepada Kementerian Kesihatan minggu depan,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok