
Sambungan internet di negeri Assam, India digantung ketika peperiksaan mengisi jawatan kerajaan dijalankan. - Gambar Twitter
Sambungan internet mudah alih di 24 daripada 35 daerah di India akan digantung selama empat jam selama tiga hari untuk mengelakkan penipuan ketika peperiksaan pengambilan untuk kakitangan kerajaan.
Gangguan itu berkuat kuasa dari 10 pagi hingga tengah hari dan dari 2 petang hingga 4 petang pada 21 Ogos lalu, 28 dan 11 September, walaupun pihak berkuasa masih belum membuat keputusan muktamad pada 11 September kerana hanya sebilangan kecil calon yang akan menduduki peperiksaan, lapor India Express.
Peperiksaan itu diadakan untuk mengisi 30,000 jawatan Gred III dan Gred IV dalam kerajaan Negeri Assam yang mana lebih 140,000 calon menduduki ujian.
Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma sebelum ini dilaporkan menyifatkan peperiksaan itu sebagai yang “terbesar” seumpamanya untuk jawatan Gred III dan Gred IV.
“Ini bukan sekadar peperiksaan. Jika kita boleh masukkan 30,000 sepenuhnya atas merit, maka wajah kerajaan akan berubah,” katanya dipetik sebagai berkata, sambil memohon maaf kepada orang ramai atas kesulitan itu.
“Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko… walaupun seseorang membocorkan kertas soalan di WhatsApp semasa peperiksaan, akan berlaku huru-hara,” kata Sarma.
Dalam satu perintah, kerajaan berkata ia mengambil langkah menyekat internet kerana pada ada unsur-unsur tidak bertanggungjawab menggunakan cara yang tidak adil menggunakan aplikasi mudah alih yang berbeza seperti Facebook, WhatsApp, Twitter dan YouTube.
“Kerajaan Assam tidak mahu berlaku sebarang kelewatan dalam proses peperiksaan yang mungkin berpotensi menimbulkan keraguan terhadap keadilan proses pengambilan pekerja,” kata perintah itu.
Ia menambah bahawa kerajaan telah meneliti perkara itu dan membuat kesimpulan bahawa demi kepentingan mengadakan peperiksaan pengambilan yang bebas, adil dan telus, adalah berhemat dan berfaedah untuk menutup semua kelemahan yang mungkin.
Ini termasuk melumpuhkan sementara sambungan internet mudah alih pada waktu peperiksaan.
Sumber memberitahu portal itu bahawa keputusan berkenaan diambil memandangkan sejarah penyelewengan dalam peperiksaan pengambilan di negeri ini.
“Perancangan awal adalah untuk mengekang perkhidmatan hanya di sekitar pusat peperiksaan, tetapi itu tidak menjadi.” – Agensi