Askar upahan Israel didakwa bantu tentera Ukraine

May 4, 2022 · Dunia

Sekumpulan askar upahan dari Israel didakwa Rusia terlibat dalam membantu askar Ukraine bersama-sama Rejimen Azov berhaluan pelampau kanan di Ukraine.

Dakwaan itu dibuat seorang jurucakap Kementerian Luar Rusia dan menimbulkan ketegangan baharu selepas Israel sebelum ini juga bertindak memanggil duta Rusia berhubung kenyataan diktator, Adolf Hitler mempunyai berdarah Yahudi.

“Askar upahan Israel berada sebaris dengan militan Azov di Ukraine,” kata Maria Zakharova kepada radio pro-Kremlin, Sputnik, dalam satu temu bual.

Azov mula mendapat perhatian pada 2014 apabila aktivis pelampau kanannya mengangkat senjata untuk menentang kumpulan pemisah pro-Russia di wilayah Donbas, Ukraine, namun rejimen itu kini berada di bawah pemerintahan tentera Ukraine.

Rejimen itu bertempur bersama tentera Ukraine menentang Russia, yang melancarkan kempen ketenteraan sejak 24 Februari lalu di negara pro-Barat itu.

Anggota Azov adalah sebahagian pertahanan Ukraine di bandar pelabuhan Mariupol, yang bersembunyi di kilang besi Azovstal bagi menentang tentera Russia yang melancarkan serangan utama, Selasa lalu.

Menerusi dakwaan warga Israel bertempur bersama Azov, yang disifatkan Russia sebagai fasis dan Nazi, Moscow menambah ketegangan yang bermula selepas Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, mendakwa Hitler berdarah Yahudi, Ahad lalu.

Kenyataan Lavrov mencetus kemarahan di Israel, yang menyifatkannya sebagai ‘tidak boleh dimaafkan dan melampau’ serta ‘kesalahan sejarah yang sangat teruk’.

Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
November 30, 2022· Politik
Bila Anwar nak tarik balik kenyataan berhubung isu Israel pada 2012?
October 28, 2022· Politik
“Saya memang anak jati Tambun”, kata Peja
October 22, 2022· Politik
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok