Askar rejim Zionis tembak mati warga Palestin

April 6, 2021 · Dunia

Askar rejim Zionis Israel menembak mati seorang lelaki Palestin dan mencederakan isterinya, dalam insiden di pusat pemeriksaan di wilayah diduduki di Tebing Barat, hari ini.

Pegawai rejim itu mendakwa lelaki berkenaan, Osama Mansour, 42, yang memandu kereta cuba merempuh anggota tentera di pusat pemeriksaan itu, tetapi tuduhan itu dinafikan oleh isteri mangsa.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Osama terbunuh ditempat kejadian akibat luka tembakan, manakala isterinya hanya cedera.

“Mereka mengarahkan kami berhenti. Kami berhenti dan mematikan enjin. Kemudian mereka melihat kami dan mengarahkan kami pergi.

“Kami memusingkan kereta dan bergerak. Tatkala itulah kami dihujani peluru,” kata Sumaya Mansour, 35, kepada stesen televisyen Palestin.

Ketua Kampung Biddu di mana Osama tinggal, Salem Eid berkata, warga Palestin akan membangkitkan insiden itu di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), selepas pendakwa mengumumkan akan menyiasat sebarang tuduhan jenayah perang di wilayah Palestin. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok